Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RTM Beri Penjelasan Berhubung Gangguan Siaran Separuh Masa Pertama Perlawanan Perancis-Senegal

RTM Beri Penjelasan Berhubung
Kredit: Bernama

RTM Beri Penjelasan Berhubung Gangguan Siaran Separuh Masa Pertama Perlawanan Perancis-Senegal

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil memohon maaf atas gangguan teknikal yang berlaku pada platform RTMKlik ketika siaran langsung separuh masa pertama perlawanan antara Perancis dan Senegal pada pukul 3.00 pagi tadi.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran Jabatan Penyiaran Malaysia, beliau menjelaskan gangguan tersebut berpunca daripada masalah teknikal luar jangka.

Susulan itu, ia menyebabkan sebahagian pengguna mengalami kesukaran untuk mengakses siaran secara lancar melalui RTMKlik.

"Pasukan teknikal RTM bersama pihak penyedia teknologi telah mengambil tindakan bagi memulihkan perkhidmatan dengan kadar segera.

"RTM amat memahami kekecewaan para peminat sukan bola sepak yang menantikan perlawanan tersebut. Pihak kami amat menghargai kesabaran, sokongan dan maklum balas yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berlaku.

"Sebagai penyiar rasmi kejohanan paling berprestij dunia ini, RTM sentiasa komited untuk memastikan pengalaman tontonan yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia.

"Langkah-langkah pengukuhan infrastruktur dan sistem penyiaran digital dijalankan setiap masa bagi mengurangkan risiko gangguan teknikal daripada berulang.

"RTM sekali lagi memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan akan terus berusaha memastikan kelancaran siaran kesemua 104 perlawanan (94 siaran langsung, 10 siaran tertunda) Piala Dunia FIFA 2026 dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan lebih lancar dan berkualiti," maklum kenyataan itu.

Sumber:Bernama TV