Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sempena Bulan Kemerdekaan, SIC Tawar Tiket K2 Hillstand MotoGP Pada Harga RM49.90

Tiket K2 Hillstand MotoGP
Kredit: SIC

Sempena Bulan Kemerdekaan, SIC Tawar Tiket K2 Hillstand MotoGP Pada Harga RM49.90

Orang ramai berpeluang menyaksikan perlumbaan MotoGP Malaysia dari K2 Hillstand di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada harga RM49.90.

SIC menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan bahawa tiket berkenaan ditawarkan pada harga istimewa sempena Bulan Kemerdekaan.

“Istimewa bulan Kemerdekaan, nikmati K2 Hillstand pada harga RM49.90 sahaja,” katanya.

Jualan tiket akan bermula pada 1 Ogos 2026 dan ditawarkan dalam jumlah terhad.

Anda boleh mendapatkan tiket di laman sesawang rasmi SIC, www.sepangcircuit.com.

K2 Hillstand menawarkan pemandangan ke arah Selekoh 3 dan 4, sekali gus membolehkan penonton menyaksikan aksi pelumba membrek, mengambil selekoh serta melakukan percubaan memotong.

Sementara itu, PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 dijadualkan berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November 2026

Sumber:Instagram
Intipati
  • SIC menawarkan tiket K2 Hillstand MotoGP Malaysia pada harga RM49.90 sempena Bulan Kemerdekaan.
  • Jualan tiket akan bermula pada 1 Ogos 2026 dan ditawarkan dalam jumlah terhad.
  • PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 dijadualkan berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan