Terkini

Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
lepasan spm matrikulasi
Gambar: BERNAMA

Semua Lepasan SPM Dengan 10A Ke Atas Akan Ditawar Peluang Ke Matrikulasi – Anwar

Nurhanis

Semua Lepasan SPM Dengan 10A Ke Atas Akan Ditawar Peluang Ke Matrikulasi – Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi, bermula tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas itu tidak akan menggangu kuota pelajar bumiputera sedia ada.

Beliau berkata perincian mengenai keputusan berani kerajaan itu dalam mengiktiraf kecemerlangan pelajar dan pada masa sama memberi keadilan di dalam sistem pendidikan negara akan dimaklumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek esok.

“Keputusan berani ini tidak memberi gambaran seolah-olah kita dah selesaikan masalah keadilan di dalam pendidikan, harus ada kesediaan daripada kementerian, sektor swasta, badan bukan kerajaan, sarjana dan akademia untuk menerima kenyataan bahawa banyak lagi perlu dilakukan dalam menjamin peluang anak-anak (terutama) miskin bandar, desa atau pedalaman.

“(Namun) kita harap ini (bantu) selesai satu masalah dan kita tidak mahu teruskan (dijadikan) isu kaum lagi,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 di pekarangan parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

BACA: Pelajar Matrikulasi Labuan Jalani Saringan Kesihatan Sebelum Pulang Ke Kampung

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Anwar berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan akses dan kualiti pendidikan negara serta memastikan sistem kuota bumiputera dan prinsip meritokrasi untuk manfaat semua pelajar terpelihara.

“Dengan cara ini saya harap meleraikan satu masalah sementara, dengan harapan supaya semangat perpaduan dalam kalangan kaum ini dapat dipupuk tanpa ada elemen kecil yang terus menghasut dan menanam bibit permusuhan.

“Rundingan inilah yang kita galakkan. Saya bicara supaya anak-anak muda harus faham. Penyelesaiannya bukan menanam kebencian atau menunjukkan permusuhan tetapi penyelesaiannya dengan semangat ehsan dan kasih sayang,” katanya.

Menurut portal Kementerian Pendidikan, program matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 sebagai program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

BACA: Patut Ke Pilih STPM? Ini Kelebihannya Yang Perlu Lepasan SPM Tahu

Mengenai NTW 2024, Anwar berkata kesempatan itu harus digunakan oleh pelajar sekolah, universiti dan mereka yang sudah bekerja untuk mendapatkan latihan dalam pelbagai bidang secara percuma bagi meningkatkan kemahiran masing-masing.

Perdana menteri berkata generasi muda harus membuat ‘pecutan’ dengan meneroka ilmu tinggi baharu dalam era pascanormal yang menuntut tindakan dan kerja yang berbeza lebih-lebih lagi Malaysia kini destinasi industri semikonduktor global.

“Perubahan teknologi berlaku terlalu pantas, kalau kita tertangguh dua tahun, kita akan tertinggal 10 tahun.

“Cabaran bagi anak-anak muda kini ialah perolehan ilmu, yang sebahagian besar tidak boleh diperolehi di sekolah atau universiti, jadi bila ada kesempatan ini gunakanlah sebaiknya,” katanya sambil menambah tiada negara lain yang memberi latihan percuma secara besar-besaran melibatkan pihak swasta.

Minggu Latihan Kebangsaan 2024 dianjurkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berlangsung di seluruh negara sejak 24 Jun lepas manakala penganjuran di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula semalam dan berakhir hari ini.

NTW 2024 bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.

Sumber: BERNAMA