Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Semua Pakat Keluarkan Iklan Raya, Tapi Yang 3 Ini Bawa Mesej Buatkan Kita Berfikir

Wan Aina
Iklan Raya

Semua Pakat Keluarkan Iklan Raya, Tapi Yang 3 Ini Bawa Mesej Buatkan Kita Berfikir

Setiap kali musim raya, jenama memang akan berlumba-lumba keluarkan iklan raya. Ada yang buat penonton gelak dan ada yang buat kita tersentuh. 

Kalau dulu iklan raya lebih kepada promosi semata-mata, sekarang banyak jenama cuba gunakan platform ini untuk bercerita tentang nilai kehidupan, hubungan sesama manusia dan makna sebenar Ramadan serta Syawal.

Antara banyak iklan raya yang keluar tahun ini, tiga ini antara yang menarik perhatian min kerana mesej yang dibawa lebih dekat dengan realiti kehidupan kita.

3 Iklan Raya 2026 Yang Bawa Mesej Mendalam dan Teladan

  1. PLUS - Keindahan Ramadan


Iklan ini memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina yang cuba belajar berpuasa untuk memahami pengalaman masyarakat Muslim di sekelilingnya.

Walaupun kelihatan seperti perkara kecil, usaha dia untuk mencuba sesuatu yang baru demi memahami budaya orang lain memberi mesej yang cukup kuat tentang empati dan toleransi.

Cerita ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kadang-kadang usaha untuk memahami orang lain juga satu bentuk kebaikan yang boleh merapatkan hubungan dalam masyarakat.

  1. Petronas - Seindah Ramadan


Iklan raya PETRONAS tahun ini pula membawa mesej tentang amalan memberi dan membantu mereka yang memerlukan.

Ia memaparkan kehidupan anak-anak yatim yang menerima sumbangan baju raya serta diraikan dalam majlis berbuka puasa.

Perkara kecil seperti ini mungkin nampak biasa bagi kita, tetapi kepada yang menerima, ia boleh membawa kegembiraan yang besar.

Pada masa yang sama, cerita ini juga menjadi satu peringatan tentang realiti yang sering kita lihat setiap tahun.

Ketika Ramadan, masjid menjadi penuh dan ramai berlumba-lumba melakukan amal kebajikan. Namun selepas bulan puasa berakhir, semangat itu kadang-kadang berkurang.

Melalui kisah ini, iklan tersebut mengingatkan bahawa amalan menolong yang memerlukan sebenarnya tidak patut bermusim dan patut diteruskanwalaupun Ramadan dah berlalu.

Menariknya, lagu hasil ciptaan @wafahish_, seorang penyanyi indie yang digunakan dalam iklan ini mendapat perhatian ramai sehingga versi liriknya turut dikongsikan secara berasingan di media sosial dan lagu filem Raya ni boleh didengarkan melalui Spotify dan Apple Music.

  1. Lotus - Siri Senyuman Ekstra Bernilai


Siri iklan ini bercerita tentang Yazid, seorang lelaki yang terkenal dengan sikap terlalu baik hati dan suka membantu orang di kampungnya.

Kadang-kadang sampai isterinya sendiri terasa hati kerana Yazid terlalu memikirkan orang lain berbanding hal di rumah.

Namun menjelang raya, Yazid membuat satu kejutan apabila dia membelanja satu kampung baju raya sedondon dari Lotus.

Kisah ini menunjukkan bagaimana sikap suka membantu orang lain, walaupun nampak kecil,sebenarnya boleh membawa impak besar kepada ramai orang.

Walaupun setiap iklan membawa cerita yang berbeza, semuanya berkongsi satu nilai yang sama iaitu tentang memahami orang lain, berbuat baik dan menghargai hubungan sesama manusia.

Jika Ramadan boleh menjadikan kita lebih peka terhadap orang di sekeliling, nilai itu sebenarnya boleh diteruskan sepanjang tahun.

Sempena hari-hari terakhir Ramadan ini, Siakap Keli mendoakan agar setiap amalan yang kita buat diterima dan memberi makna kepada diri serta orang di sekeliling.

Selamat menunaikan ibadah Ramadan, semoga kita semua berpeluang memanfaatkan baki hari yang masih ada dengan sebaiknya dan Selamat Hari Raya.