Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Semua Perkhidmatan Rel Kendalian Rapid KL Beroperasi 4 Pagi, 31 Ogos

Nurhanis
rapid kl 31 ogos
Kredit: BERNAMA

Semua Perkhidmatan Rel Kendalian Rapid KL Beroperasi 4 Pagi, 31 Ogos

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Semua operasi rel merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan 50 bas perantara percuma disediakan dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya yang turut akan beroperasi bermula 4 pagi.

Selain itu, tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya juga disediakan.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, sambutan berkenaan yang bertaraf nasional dan berskala besar dijangka menerima pengunjung menjangkau 100,000 orang.

Putrajaya sebelum ini menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Waktu perkhidmatan LRT, MRT Dan Monorel dilanjutkan sehingga 1 Pagi – RapidKL

Tahun lalu, RapidKL melanjutkan operasinya sempena malam Tahun Baru 2023.

Rapid KL menerusi hantaran di laman media sosial mereka memaklumkan stesen-stesen yang terlibat bagi laluan LRT Ampang atau Sri Petaling ialah stesen Masjid Jamek, Maluri, IOI Puchong dan PWTC.

Bagi laluan LRT Kelana Jaya pula, stesen KLCC dan Masjid Jamek, sementara laluan MRT Kajang di stesen Bukit Bintang dan Maluri, manakala laluan KL Monorel, hanya di stesen Bukit Bintang.

Sumber: BERNAMA

BACA: Purata Perjalanan Penumpang Harian MRT2 Meningkat 305 Peratus