Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Semua Rakyat Malaysia Dari Semenanjung, Sabah & Labuan Yang Masuk Ke Sarawak Diarah Dikuarantin Di Hotel

PUTRAJAYA, 27 Julai – Semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak akan dikuarantin wajib di hotel.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan, arahan tersebut akan berkuatkuasa pada 1 hingga 14 Ogos ini.

“Sampel akan diambil pada hari kedua.

“Sekiranya keputusan ujian PCR COVID-19 negatif, barulah mereka dibenarkan balik,” jelas kenyataan tersebut, semalam.

Bagaimanapun, kemasukan rakyat Sarawak dari luar negara seperti yang telah diumumkan sebelum ini adalah dikekalkan.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak melalui KKM