Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Senarai Pejabat Terlibat Permohonan Pasport Baharu Mengikut Fasa
Malaysia kini memperkenalkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang tampil dengan pelbagai penambahbaikan, khususnya dari aspek keselamatan dan teknologi.
Pelancaran pasport versi baharu itu dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa semalam.
Langkah itu dilaksanakan bagi memastikan dokumen perjalanan negara terus memenuhi piawaian antarabangsa serta sukar dipalsukan.
Pasport Malaysia Antarabangsa kini diperkasakan dengan 94 ciri keselamatan baharu bagi memperkukuh perlindungan identiti pemegang pasport serta memenuhi piawaian antarabangsa ICAO 9303.
Penambahbaikan ini turut menyokong proses perjalanan yang lebih lancar dan meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia.
Bermula 1 Julai hari ini, warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas boleh memohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang kini dibuka secara berfasa, dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengumumkan senarai pejabat yang terlibat di seluruh negara
Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Baharu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Julai 2026 di pejabat-pejabat pasport seluruh negara.
Fasa 1 (1 Julai 2026)
Bagi Fasa 1, orang ramai kini boleh mengemukakan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Baharu di Ibu Pejabat Putrajaya, Menara Ikhlas, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Kelana Jaya, KLIA, UTC Pudu Sentral, UTC Selangor, UTC Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, UTC Ipoh, UTC Kedah, UTC Sungai Petani dan UTC Seberang Perai.

Fasa 2 (6 Julai 2026)
Bagi Fasa 2, permohonan dibuka di Jabatan Imigresen Malaysia di Kajang, Setia Tropika, Kulai Jaya, Kulim, UTC Sentul, UTC Keramat, UTC Melaka dan UTC Pulau Pinang (Komtar).
Fasa 3 (9 Julai 2026)
Bagi Fasa 3, permohonan dibuka di Pejabat Pasport Shaftsbury Putrajaya, Shah Alam (PKNS), Kluang, Batu Pahat, UTC Kuantan, UTC Kota Bharu dan UTC Kuala Terengganu.
Fasa 4 (13 Julai 2026)
Bagi Fasa 4, orang ramai boleh mengemukakan permohonan di Pejabat Imigresen Kuala Selangor, Wangsa Maju, Pelabuhan Klang, Besut, Segamat, Muar, Kukup, Puchong dan Taiping.

Fasa 5 (21 Julai 2026)
Bagi Fasa 5, permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Baharu boleh dibuat di Jabatan Imigresen Lumut, Alor Setar, Kuala Langat, Kuala Kubu Bharu, Temerloh, Raub, Port Dickson, Mersing, Teluk Intan dan UTC Perlis.
Fasa 6 (27 Julai 2026)
Bagi Fasa 6, permohonan dibuka di Pejabat Imigresen Chukai, Pengkalan Hulu, Cameron Highlands, Bintulu, Sri Aman, UTC Kuching, UTC Miri, UTC Sibu, UTC Kota Kinabalu, UTC Tawau dan UTC Keningau.
Fasa 7 (3 Ogos 2026)
Bagi Fasa 7, permohonan dibuka di Pejabat Imigresen Langkawi, Bukit Kayu Hitam, Kuching, Lawas, Limbang, Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTA KK), Lahad Datu dan UTC Labuan.

Fasa 8 (18 Ogos 2026) & Fasa 9 (25 Ogos 2026)
Bagi Fasa 8 dan Fasa 9, permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) akan dikendalikan oleh pejabat pengeluar dan penerima PMA di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Fasa 8 melibatkan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong, China, yang akan menerima serta memproses permohonan pembaharuan PMA.

Fasa 9 pula melibatkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia serta Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York, Amerika Syarikat, yang turut menerima dan memproses permohonan pembaharuan PMA.
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana pelaksanaan pasport baharu akan dibuat secara berfasa.
Ini bermakna, pasport sedia ada masih boleh digunakan sehingga enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh sah laku.
Justeru, pemegang pasport tidak perlu tergesa-gesa membuat pertukaran sekiranya pasport mereka masih sah digunakan.