Senarai ini adalah berdasarkan Anugerah Pilihan Graduan atau Graduate’s Choice Awards (GCA) pada tahun 2020 yang dilaksanakan oleh Talentbank bertujuan mempamerkan senarai majikan-majikan yang menjadi pilihan graduan di Malaysia.
Hasil undian ini diterima dan dikaji daripada 24, 000 graduan universiti swasta dan awam di Malaysia yang diperoleh diantara 1 September 2019 sehingga 31 Ogos 2020.
Untuk memastikan kesahihan hasil undian, lembaga audit yang terdiri daripada pengamal perkhidmatan kerjaya daripada pelbagai universiti digunakan.
Sebanyak 700 syarikat daripada 35 industri dan ini adalah 7 yang terbaik.
Maybank

Google Malaysia

Microsoft Malaysia

Petronas – Petroliam Nasional Berhad

Shopee

Intel

CIMB

Daripada ketujuh-tujuh (7) syarikat ini, lima (5) lagi syarikat dibawah ini juga dilihat sebagai organisasi terbaik kerana:
Mengamalkan prinsip penciptaan dan perkongsian kekayaan bersama
Diperakui dengan perakuan yang diiktiraf Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Mengamalkan kaedah pembahagian keuntungan yang saling menguntungkan kedua-dua majikan dan pekerja
Berkongsi insentif, faedah dan bonus secara adil kepada pekerja
Denso Sdn. Bhd.


KPJ Penang Specialist Hospital


Shangri-La


UEM Sunrise

Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)

Terima Sijil Perakuan eSPO diiktiraf MITI & KSM
Kelima-lima jenama besar ini telah menerima Sijil Perakuan eSPO yang dikelola dibawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan membuktikan tiga (3) komponen utama dalam Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS) telah dipraktikkan sebaiknya.
Sijil ini diperakui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Kenapa perlu PLWS?
PLWS mampu meningkatkan daya saing dan menggalakkan kestabilan pekerjaan. Ianya juga membolehkan syarikat membangunkan satu pendekatan yang lebih luas dan sistematik ke arah peningkatan produktiviti atau prestasi.
Selari dengan era globalisasi dan kemajuan teknologi yang berterusan, syarikat menghadapi pusingan kitaran perniagaan yang lebih pendek dan persaingan yang lebih sengit. Untuk bertahan, syarikat perlu berupaya bertindak balas dengan cepat terhadap persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah, termasuk membuat penyelarasan segera terhadap kos upah.
Melalui PLWS, ia membolehkan syarikat-syarikat menguruskan kos upah yang membolehkan syarikat menjadi lebih berdaya maju dan oleh itu pekerja dapat menikmati jaminan keselamatan pekerjaan yang lebih tinggi.
Tingkatkan keuntungan syarikat dengan PLWS
Productivity-Linked Wage System (PLWS) ataupun Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti merupakan satu sistem yang mewujudkan hubungan yang lebih rapat di antara upah dan produktiviti atau prestasi pekerja atau syarikat.
Ianya dapat memastikan sebarang kenaikan upah selaras dengan peningkatan produktiviti atau prestasi yang lebih tinggi. Sistem ini juga membolehkan pekerja-pekerja mendapat bahagian atau upah yang adil hasil daripada peningkatan produktiviti dan prestasi mereka.
Setakat hari ini, melalui portal Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, sebanyak 90, 548 majikan yang telah melaksanakan PLWS dan 495, 4349 pekerja yang telah menikmati faedah PLWS.
Menariknya, mana-mana organisasi boleh mendaftarkan syarikat anda secara dalam talian melalui http://www.mpc.gov.my/espo/ dan akan diperakui serta-merta jika memenuhi tiga (3) komponen utama yang ditetapkan.
Layari Facebook, Youtube PLWS untuk maklumat lanjut.