Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seniman Terkenal Jepun Yayoi Kusama Meninggal Dunia Pada Usia 97 Tahun

Yayoi Kusama meninggal dunia
Kredit: Yayoi Kusama Official Site

Seniman terkenal Jepun, Yayoi Kusama yang mencipta nama menerusi karya arca dan pemasangan seni, meninggal dunia pada usia 97 tahun, menurut kenyataan syarikatnya, hari ini.

Yayoi Kusama meninggal dunia

Kusama menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Tokyo pada 14 Ogos 2026.

“Dengan penuh dukacita, kami mengumumkan pemergian Yayoi Kusama di sebuah hospital di Tokyo pada 14 Ogos 2026, pada usia 97 tahun,” menurut kenyataan berkenaan.

Sepanjang hayatnya yang didedikasikan sepenuhnya kepada dunia seni, Kusama membina kerjaya antarabangsa yang mendapat pengiktirafan sebagai antara pelopor seni eksperimental.

Selain seni visual, karya kreatifnya turut merangkumi persembahan, fiksyen dan puisi.

Kusama yang secara sukarela menetap di sebuah hospital psikiatri selama beberapa dekad, turut dikenali dengan rambut palsu berwarna merah terang serta penampilan unik yang sering dihiasi corak polka dot.

Karya dan identitinya yang tersendiri menjadikan Kusama antara seniman penting dalam perkembangan seni moden dan kontemporari.

Intipati
  • Yayoi Kusama meninggal dunia di sebuah hospital Tokyo pada 14 Ogos 2026.
  • Syarikatnya mengumumkan pemergian seniman Jepun itu pada usia 97 tahun.
  • Kusama dikenali melalui arca, pemasangan seni, karya polka dot dan penampilan unik.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan