Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Berjaya Diselamatkan Selepas Dua Minggu Terperangkap Dalam Runtuhan Lombong

runtuhan lombong
Kredit: AFP

Lelaki Berjaya Diselamatkan Selepas Dua Minggu Terperangkap Dalam Runtuhan Lombong

Seorang pekerja yang terperangkap selama dua minggu selepas sebuah lombong runtuh di barat laut Mexico telah berjaya diselamatkan, lapor AFP.

Dua lagi pekerja lain dilaporkan maut apabila lombong emas dan perak di negeri Sinaloa runtuh pada 25 Mac, menyebabkan empat lelaki terperangkap.

Seorang pelombong berjaya diselamatkan pada 30 Mac, manakala seorang penyelam menemui mangsa terakhir yang masih hidup pada malam Selasa.

"Ini kejadian yang luar biasa dan dia sangat bernasib baik kerana ditemukan masih hidup," kata Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum Pardo sewaktu sidang media.

Ratusan anggota penyelamat dikatakan telah bekerja siang dan malam selama dua minggu, menggunakan peralatan khusus untuk mengepam keluar air bagi menemukan kesemua mangsa.

Menurut pihak berkuasa lagi, runtuhan lombong itu berlaku akibat kegagalan sistem kalis air yang akhirnya telah menjejaskan struktur lombong tersebut.

Kredit: AFP

Kemalangan di lombong bukan perkara luar biasa di Mexico, di mana sebahagian daripadanya beroperasi secara haram atau menggunakan peralatan serta langkah keselamatan yang tidak memenuhi piawaian.

Pada Ogos 2022, runtuhan lombong di negeri utara Coahuila telah mengorbankan 10 orang pekerja.

Manakala, pada tahun 2006, seramai 65 orang pelombong maut dalam satu letupan di lombong arang batu di Pasta de Conchos.

Sumber:AFP