Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seorang Parah, Dua Cedera Dalam Kemalangan Kereta Api

Gambar:BERNAMA

KUANTAN, 27 Jun — Seorang individu parah manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta api syarikat kontraktor di Chegar Perah, Lipis, kira-kira 300 kilometer dari sini, hari ini.

Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor, berkata kejadian dipercayai berlaku di kilometer 260 pada jam 9.30 pagi tadi.

“Kereta api tersebut difahamkan terlibat dalam kerja baik pulih di landasan Chegar Perah semasa kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azli berkata mangsa diselamatkan pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

— BERNAMA