Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di beberapa mukim di Selangor bermula 3 Julai ini.
Keputusan itu telah diambil hasil daripada perbincangan MKN dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pelbagai agensi lain mengikut penilaian risiko jangkitan COVID-19 di negeri Selangor.
Susulan pengumuman itu juga, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri meluahkan isi hatinya berkaitan perkara tersebut.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ismail mengatakan bahawa sepenting mana pun ekonomi negara, nyawa dan keselamatan rakyat harus diutamakan.

Beliau juga memanjatkan doa agar PKPD yang dikuatkuasakan ini boleh menurunkan kadar jangkitan dengan segera demi rakyat dan negara yang tercinta.
Sumber: Ismail Sabri Yaakob