Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seram, Ular King Cobra Panjang 'Sembunyi' Bawah Katil Hotel
Pasangan di Krabi, Thailand berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular tedung selar bersembunyi di bawah katil bilik hotel mereka, lapor Must Share News.
Difahamkan, kejadian mengejutkan itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 pagi (waktu tempatan).
Rakaman video yang tular di Facebook memaparkan dua anggota penyelamat menemui reptilia sepanjang kira-kira 40 hingga 45 sentimeter itu dalam keadaan agresif dan bersembunyi di bawah salah satu katil.

Menurut tetamu berkenaan, wanita itu menjerit meminta pertolongan selepas menyedari ular tedung selar tersebut melingkar di bahagian lehernya.
Seorang anggota penyelamat mengesahkan reptilia berkenaan telah berjaya ditangkap sebelum dilepaskan semula ke habitat semula jadinya.

“Ia dipercayai memanjat tangga sebelum menyusup masuk ke dalam bilik melalui ruang kecil di antara pintu dan lantai,” katanya.
Beliau turut menasihatkan kakitangan hotel serta para tetamu agar memeriksa bilik dengan lebih teliti sebelum menginap, khususnya ketika musim hujan.