Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seram, Viral Kelibat ‘Cik Ponti’ Didakwa Dirakam Ketika “Frontliner” Buat Sekatan Jalan

Gambar Via Siti Zulaiha

Ketika ini, petugas barisan hadapan termasuk polis dan askar di seluruh negara sedang giat melakukan sekatan jalan raya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekatan dilakukan di beberapa kawasan atau jalan yang menjadi laluan orang ramai termasuk di kawasan yang sunyi.

Pun begitu, rupa-rupanya bukan manusia saja yang melalui kawasan itu namun ada entiti lain juga.

Melalui kiriman yang tular di media sosial sejak semalam, kelibat pontianak didakwa telah dilihat semasa petugas sedang melakukan sekatan jalan raya.

Gambar Via Siti Zulaiha

Penampakan ‘cik ponti’ di kawasan gelap itu didakwa berlaku di Jalan Giram, Kunak, Sabah.

Tidak dapat dipastikan kesahihan gambar-gambar tersebut namun ia sememangnya menarik perhatian netizen.

Sumber: Siti Zulaiha