Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Serangan Seksual Terhadap Wanita, Conor McGregor Terbukti Bersalah

Azizah Najib
conor mcgregor serangan seksual
Kredit: Stadium Astro

Serangan Seksual Terhadap Wanita, Conor McGregor Terbukti Bersalah

Petinju MMA, Conor McGregor didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018, lapor Stadium Astro.

Hukuman yang dijatuhkan oleh juri Mahkamah Tinggi di Dublin disampaikan selepas enam jam perbincangan semalam. Berikutan itu, McGregor diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak EURO248,000 bersamaan RM1.23 juta.

Wanita berusia 35 tahun itu membuat laporan dengan menuduh McGregor menyepitkan ke katil dan bertindak menyerangnya. Kejadian tersebut berlaku di Hotel Beacon ketika mereka bertemu selepas pesta Krismas.

BACA: Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam

Akibat serangan McGregor, Hand mengalami lebam dan melecet. Kesan tersebut dinilai di unit rawatan serangan seksual keesokannya.

Setelah perbicaraan, Hand meluahkan penghargaan terhadap mereka yang memberinya sokongan. Malah, wanita berkenaan turut menggalakkan orang ramai bersuara menentang kejadian seperti itu.

“Tidak kira betapa takutnya anda untuk bersuara, anda berhak untuk suara,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, pihak McGregor menafikan dakwaan tersebut dan bercadang untuk mengemukakan rayuan. Menurutnya, kecederaan tersebut berkemungkinan berlaku dalam kejadian yang lain.

Pihak juri telah membebaskan lelaki kedua, James Lawrence yang dituduh terlibat dengan serangan tersebut.

Sumber: Stadium Astro