Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Seteruk Mana Korang Punya Pelupa?’ Wanita Kongsi Enjin Kereta Hidup Seharian

ENJIN
Tangkap layar video Threads/ @maryaa.nayan

‘Seteruk Mana Korang Punya Pelupa?’ Wanita Kongsi Enjin Kereta Hidup Seharian

Siapa sangka, sifat pelupa yang kadangkala membuatkan kita tepuk dahi sebenarnya turut menjadi pengalaman yang dikongsi ramai.

Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna Threads, @maryaa.nayan, apabila dia mendedahkan terlupa mematikan enjin keretanya sebelum keluar bekerja sehingga mengundang pelbagai reaksi lucu daripada warga maya.

Menerusi hantaran itu, wanita berkenaan berkongsi bahawa dia menghidupkan enjin Honda CR-V miliknya sekitar jam 6.30 pagi sebelum masuk ke dalam rumah untuk menyiapkan anak ke sekolah.

Namun, tanpa disedari, dia terus memandu ke tempat kerja dan hanya menyedari perkara itu selepas pulang pada sebelah petang.

"My level pelupa setakat ni, lupa matikan enjin keter. 6.30 pagi on enjin dulu sebelum siapkan anak sek, 8.45 smp ofis, 5.20 balik kejer.

"Husb: Untung la masuk keter terus jalan, sejuk pulak tu..

"Mom: 3 bakul bebelan.

"Seteruk mana korang punya pelupa?" tulisnya.

Perkongsian tersebut nyata menghiburkan ramai pengguna Threads yang turut mengambil peluang berkongsi pengalaman masing-masing.

Seorang pengguna, @niesamaera, mengakui dia pernah melalui situasi hampir sama.

"Hakak x keseorangan yee."

Sementara itu, @syamilahalim pula berkata dia sering terlupa lokasi meletakkan kereta selepas selesai urusan.

"Dah laa tak nampak, lepastu lupa pulak tu park kereta dekat mana."

Tidak kurang juga komen yang lebih mencuit hati apabila seorang lagi pengguna, @itsmekrose, menceritakan tahap pelupanya yang membuatkan dia makan malam sebanyak dua kali.

"Tahap pelupa saya. Pukul 5 tadi dah makan. Tiba-tiba pukul 6 rasa macam belum makan so terus order ShopeeFood.

"Dah sampai, dah habis makan baru teringat tadi pukul 5 dah makan.

"Pastu nak pergi briskwalk. Terlupa nak pergi. Setahun lepastu baru teringat yang tahun lepas nak pegi briskwalk."

Rata-rata netizen menganggap perkongsian tersebut sekadar hiburan yang menggambarkan situasi harian ramai orang, terutama apabila terlalu sibuk menguruskan kerja dan keluarga sehingga ada perkara kecil yang terlepas pandang.

Walaupun kisah-kisah itu mengundang gelak tawa, ramai turut mengingatkan agar sentiasa membuat pemeriksaan ringkas sebelum meninggalkan kenderaan bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengundang risiko keselamatan atau kerugian.

Intipati
  • Pengguna Threads @maryaa.nayan berkongsi pengalaman terlupa mematikan enjin Honda CR-V miliknya seharian.
  • Dia menghidupkan enjin pada 6.30 pagi sebelum menyiapkan anak ke sekolah terlebih dahulu.
  • Perkongsian itu mengundang komen lucu netizen, selain peringatan memeriksa kenderaan sebelum ditinggalkan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan