Seperti semua sedia maklum, semalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 telah diumumkan dan pelbagai kisah gembira yang boleh diteladani dari calon-calon SPM 2019.
Seperti gambar yang dimuatnaik di laman Twitter oleh @Nurlaaisyah di mana beliau dan 4 lagi kawan baiknya berjaya peroleh 9A dalam SPM 2019. Beliau memuatnaik gambar ketika tahun 2016 dan juga gambar dalam posisi yang sama ketika mengambil keputusan semalam.
Netizen juga turut mengucapkan tahniah kepada 5 sahabat sejati itu.

Sumber: @Nurlaaisyah
