Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Setiausaha Politik PM Dilantik Sebagai Penyelaras Parlimen Ampang

PENYELARAS
Kredit: Bernama

Setiausaha Politik PM Dilantik Sebagai Penyelaras Parlimen Ampang

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dilantik sebagai Penyelaras Parlimen Ampang bagi menyelaras penyampaian bantuan dan kebajikan kepada penduduk di kawasan itu menerusi kerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan.

Azman berkata, pelantikan itu bertujuan memastikan setiap bantuan dan inisiatif kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat secara lebih tersusun, cekap dan berkesan.

Menurut beliau, penyelarasan tersebut akan dilaksanakan bersama Jabatan Perdana Menteri menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) serta agensi-agensi berkaitan.

“Penyampaian bantuan akan dikoordinasikan secara rapat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Ampang, pemimpin masyarakat serta pihak-pihak berkaitan supaya kebajikan penduduk terus diberi perhatian.

“Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mengemukakan permohonan bantuan berkaitan kebajikan di Parlimen Ampang boleh berhubung dengan Pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri bagi tujuan penyelarasan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Azman berkata, beliau bersama pasukannya komited untuk memikul amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab, profesionalisme dan integriti demi memastikan kebajikan penduduk Ampang sentiasa menjadi keutamaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail mendakwa beliau tidak lagi dapat mengakses dana kawasan selepas sistem MyKHAS bagi kawasannya disekat sejak 29 Julai lalu.

Menurut Rodziah, keadaan itu menjejaskan pengurusan peruntukan kawasan, khususnya bagi menyalurkan bantuan kepada golongan rentan termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik serta institusi tempatan di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR).

Beliau berkata, meskipun masih merupakan Ahli Parlimen PKR dan penyokong Kerajaan Perpaduan, selain tidak pernah bertindak menentang parti sepanjang 28 tahun berkhidmat, akses kepada sistem berkenaan tetap tidak dapat digunakan.

Intipati
  • Azman Abidin dilantik Penyelaras Parlimen Ampang bagi menyelaras bantuan dan kebajikan penduduk.
  • Beliau berkata penyelarasan akan melibatkan ICU JPM, ADUN, pemimpin masyarakat dan agensi berkaitan.
  • Rodziah Ismail mendakwa akses dana kawasan melalui sistem MyKHAS disekat sejak 29 Julai.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan