Setiap ibu yang sedang hamil pastinya mengharapkan agar kandungan terus sihat dan tidak berlaku apa-apa sehingga ke tarikh dijangka.
Namun, terkadang perancangan Yang Maha Esa lebih mengatasi segala-galanya.
Menerusi perkongsian Shaa Ajis di laman Twitter, dia diberikan ujian yang hebat semasa mengandung dengan disahkan positif COVID-19 pada 14 Disember lalu.
Dengan usia kehamilannya 38 minggu, Shaa pada awalnya mula menggigil dan batuk kering. Bimbang dengan keadaan itu di, dia terus membuat pemeriksaan di klinik dan disahkan positif COVID-19.
Berkongsikan pengalamannya, Shaa dimasukkan ke bilik isolasi bersendirian menjalani rawatan dengan ketat.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Dua hari selepas itu, Shaa sudah dipindahkan ke wad yang lebih ramai dan disinilah bermulanya detik dia melahirkan bayinya.
Siapa lah kita untuk pertikaikan “kenapa aku”.
Menurut Shaa, dia masih lagi sedang menerima rawatan susulan COVID-19 kerana dia masih lagi positif, sementara bayinya pula baru sahaja menjalani swab test.
“Sekarang masih on antibiotic, ada jangkitan sikit di bahagian buah pinggang dia. Tapi doktor bagitahu baby kuat. Dia dah tak perlu bernafas dengan bantuan penafasan,” katanya.
Semoga diberikan kesembuhan buat Sha, bayinya serta ahli keluarganya yang lain.
Sumber: ShaaAjis