Shamsul Ghau Ghau Masuk Hospital, Alami Darah Beku Dalam Otak
Pelawak dan pelakon, Shamsul Ghau Ghau kini menerima rawatan di hospital selepas dipercayai mengalami masalah darah beku di otak kirinya.
Perkara itu telah dimaklumkan oleh pelakon, Sheila Mambo menerusi satu kiriman di TikTok.
Sheila memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Shamsul.
Dia juga berkata Shamsul memerlukan bantuan sebanyak RM25,000 untuk melakukan rawatan pembedahan.
"Mohon doa sahabat dan peminat-peminat Paksu Shamsul Ghau Ghau kembali sembuh seperti sedia kala.
"Beliau dikhabarkan sedang diuji dengan tahap kesihatan di mana disahkan oleh doktor di Hospital UPM Serdang, didapati ada darah beku di otak kiri.
"Keadaan beliau perlukan rawatan pembedahan seberapa segera," kata Sheila.