Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Shila Amzah Hamil Anak Kedua
Personaliti TikTok, Ubai mengumumkan isterinya, penyanyi wanita terkemuka, Shila Amzah kini sudah pun berbadan dua.
Perkara gembira itu dikongsi oleh mereka berdua di laman Instagram pada malam Rabu.
“Di tahun 2024 ini, kami ingin membuka dengan satu perkhabaran.
“Ada sebab kami baru beritahu sekarang, untuk memastikan kehamilan ini (smooth) terjaga pada awal kandungan.
“Terima kasih juga yang mendoakan sebelum ini. Doakan semoga kandungan Sha selamat dan dipermudahkan segala-galanya sepanjang proses mengandung ini,” katanya.
Dalam perkongsian video itu, mereka turut memuat naik reaksi rakan-rakan apabila mereka mendapat tahu tentang kehamilan penyanyi tersebut.
BACA: Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Kini Isteri Ubai
Rata-rata mereka tidak dapat menyorokkan keterujaan kerana bakal menimang anak buah dalam masa beberapa bulan lagi.
Hantaran tersebut turut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan warga maya juga tidak lupa untuk mendoakan kesihatan mereka berdua.
“Alhamdulillah tahniah. Semoga yan baik-baik sahaja untuk kandungan dan Sha,” doa warga maya.
“Alhamdulillah tahniah. Seth nak jadi abang,” ujar netizen.
“Terharu sangat dengan berita ini. Selalu sihat ya Sha dan Ubai,” kata seorang netizen lagi.
Sementara itu, penyanyi tersebut bersama suaminya sempat membuat rangkuman tentang perkara yang berlaku pada tahun lalu.
Ujarnya, tahun 2023 banyak memberi pengajaran susulan Ubai kehilangan dua ahli keluarga yang paling dikasihi dan rapat dengannya.
“2023 meninggalkan peristiwa manis dan sedih yang banyak mengajar kami berdua. Tahun itu juga, kami membuat keputusan untuk berkahwin dan di tahun yang sama juga arwah adik pergi sebelum majlis pertunangan kami.
“Diikuti pula dengan pemergian arwah mak, beberapa hari sebelum kami bernikah pada tahun yang sama,” katanya.
Beberapa keping gambar bersama ibu dan adiknya turut dimasukkan dalam video tersebut sebagai cara mengenang mereka.
Pada 4 Ogos tahun lalu, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.
Sumber: Shilaamzah/Instagram
BACA: “Sila Jaga Adab”, UiTM Larang Graduan Beri Isyarat Kepada Penganugerah Untuk Pandang Kamera