Pavilion Damansara Heights membawa keajaiban dunia sihir menerusi acara “Harry Potter: 25 Years of Magic” yang berlangsung selama sebulan bermula 20 Ogos hingga 20 September 2026. Dibawa khas sempena sambutan 25 tahun tayangan filem Harry Potter and the Philosopher’s Stone, acara ini menampilkan rekaan set ikonik, aktiviti interaktif, serta ganjaran tebusan eksklusif buat pengunjung.
Zon Bertema & Tarikan Interaktif
Kawasan pameran ini membawa pengunjung meneroka beberapa lokasi ikonik filem berkenaan:
Platform 9¾ & Hogwarts Express: Peluang berfoto bersama troli di dinding bata legenda serta telefon awam stesen. Pameran ini turut menampilkan replika kereta api Hogwarts Express bersaiz penuh lengkap dengan kesan wap air dan hiasan kabin dalaman.
Hogsmeade & Bengkel Kraf: Terokai barangan eksklusif di kawasan Hogsmeade dan pameran diorama. Bengkel kraf di Ruang Legar (Level 2) turut diadakan pada hujung minggu terpilih pada jam 2:00 petang dan 4:00 petang:
Bengkel Topi 25th Celebration (22-23 Ogos, 5-6 Sep, 19-20 Sep): Hasilkan topi perayaan menggunakan pipe cleaner.
Bengkel 'Shrink the Celebration' (29-30 Ogos, 12-13 Sep): Rekat dan bina aksesori shrink-film tersendiri.

Cabaran Interaktif 3 Stesen: Pengunjung boleh mengimbas kod QR untuk menyertai aktiviti digital termasuk muat naik gambar di media sosial, pencarian khazanah tersembunyi, dan perkongsian memori di dalam kabin kereta api untuk menebus set pelekat Harry Potter edisi terhad.

Petak Jualan, Pertunjukan Fesyen & Tebusan Pembelian
Petak jualan khas MINISO turut dibuka sepanjang tempoh kempen dengan tawaran barangan rasmi Harry Potter, manakala pertunjukan fesyen bertema oleh ALIST Academy yang menampilkan koleksi Cheetah akan diadakan pada 29 Ogos 2026 jam 3:00 petang.

Pembeli yang berbelanja dalam satu resit layak menebus barangan eksklusif di Kaunter Khidmat Pelanggan, Level 2 (tebusan hari yang sama, terhad satu tebusan sehari):
Belanja RM300: Tebus satu (1) pasang stoking Harry Potter jenama Footer.
Belanja RM500: Tebus satu (1) pounch Harry Potter (4 pilihan rekaan).
