Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Siap Siaga Awal, Kerajaan Teguh Komitmen Urus Projek Tebatan Banjir

projek tebatan banjir

Siap Siaga Awal, Kerajaan Teguh Komitmen Urus Projek Tebatan Banjir

PUTRAJAYA, 11 JULAI 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan Majlis Tandatangan dan Bacaan Ikrar Aku Janji melibatkan lima belas (15) buah syarikat yang telah menerima Surat Setuju Terima (SST) daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA dalam teks ucapannya yang dibaca oleh YB Timbalan Menteri PETRA, menegaskan bahawa majlis ini diadakan bertujuan memperlihatkan keseriusan Kementerian dalam memastikan tatakelola dan komitmen kontraktor untuk melaksana dan menyiapkan projek dalam tempoh masa ditetapkan.

Majlis yang diadakan bersama dalam Perhimpunan Bulanan PETRA Bilangan 4 Tahun 2024 ini turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA; YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha; YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga); YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah PETRA, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian.

Projek-projek Rancangan Tebatan Banjir yang telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat berkenaan meliputi negeri-negeri yang telah dikenalpati memerlukan penumpuan kerana berpotensi sering menghadapi banjir seperti Johor, Selangor, Kelantan, Kedah, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

tebatan banjir
tebatan banjir

Projek-projek yang melibatkan kos kontrak sebanyak RM1.245 billion perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir di lembangan sungai berkaitan di samping menjamin keselamatan dan mengurangkan kerugian kerosakan harta benda kepada penduduk serta infrastruktur awam.

Perubahan iklim yang berlaku kini menyebabkan gelombang banjir besar yang melanda menjadi sejarah, hampir melumpuhkan bandar-bandar yang terlibat kerana sungai tidak mampu menampung aliran hujan yang melimpah.

tebatan banjir

Namun, melalui pelaksanaan projek pembangunan ini, dijangkakan penduduk setempat dapat menikmati peningkatan signifikan dalam kualiti hidup mereka. Projek ini dianggap sebagai langkah strategik untuk merangsang pembangunan sosioekonomi serta alam sekitar yang lebih terpelihara.

PETRA komited dalam pelaksanaan projek pembangunan yang telah dirancang dan diluluskan agar dapat menjayakan agenda nasional dalam mentransformasi sektor air untuk menjadi sektor yang mampan.

Selain itu, ia juga pemangkin pembangunan yang dinamik yang boleh menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta menjamin bekalan air yang berkualiti kepada rakyat dapat dicapai.