Tak salah untuk wanita yang berpantang untuk mengikut pantang orang dulu-dulu tetapi jangan ikut yang merapu dan tidak mendatangkan faedah kepada si ibu.
Pelbagai saranan dan petua orang tua berkaitan pemakanan terutama sekali tentang minum minuman berais. Kata mereka, takut nanti rahim akan kembang.
Setakat mana kesahihan petua ini, ini jawapan ‘pedas’ yang diberikan oleh Dr Amalina Bakri dalam statusnya di laman Twitter.
Rahim tu macam sponge ka boleh serap air senang-senang?

Ini antara contoh statement yang diberikan oleh Dr Amalina daripada masyarakat yang masih dibelenggu oleh petua tradisional.


Apa yang anda makan dan minum akan masuk ke sistem pencernaan, bukan ke rahim. Apa yang anda makan dan minum akan diproses di dalam sistem pencernaan sebelum diserap atau dibuang keluar sebagai air kencing atau najis.

Suhu sejuk pula menyebabkan salur darah constrict bukan kembang.

Katanya lagi, tidak salah untuk minum air sejuk dan ikut kelesesaan badan masing-masing.
Sumber: Dr Amalina Bakri