Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Siapa Sebenarnya Ahmad Jais Baharun, Individu Di Sebalik Emas Sepak Takraw Malaysia?

Ahmad Jais Baharun
Kredit: Bernama

Nama Ahmad Jais Baharun sememangnya tidak asing lagi dalam arena sepak takraw Malaysia.

Lebih menarik, beliau bukanlah nama baharu dalam sejarah kejayaan sepak takraw negara.

Siapa Sebenarnya Ahmad Jais Baharun

Ahmad Jais pernah menjadi sebahagian daripada skuad negara yang mencipta sejarah di Sukan Asia Beijing 1990.

Ketika itu, beliau merupakan tekong utama pasukan kebangsaan yang membantu negara meraih pingat emas acara berpasukan sepak takraw.

Kejayaan tersebut diulanginya semula sekali lagi dalam membantu pasukan raih kejayaan dalam Sukan Asia Hiroshima 1994 sebagai juara dalam acara regu, menewaskan Thailand. 

Lebih tiga dekad kemudian, Ahmad Jais kembali ke pentas Sukan Asia.

Bezanya kali ini, beliau tidak lagi turun sebagai pemain.

Sebaliknya, beliau berada di tepi gelanggang sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki negara.

Pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Ahmad Jais membimbing skuad negara dalam misi menamatkan penantian 36 tahun Malaysia untuk kembali meraih emas acara berpasukan.

Misi itu akhirnya terlaksana.

Percaturan meletakkan regu utama Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias untuk meraih kelebihan awal membuahkan hasil apabila mereka menewaskan regu Thailand Marukin Phanmakon, Phutawan Sopa dan Pornthep Tinbangbon dengan keputusan 15-9, 5-15, 15-11.

Kemenangan itu terus menyuntik semangat regu kedua negara yang dibarisi Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi.

Trio itu kemudian memastikan kemenangan selepas menundukkan regu Thailand Kritsanapong Nontakote, Tanaphon Sapyen dan Wuttinu Kamsanor 15-13, 15-10.

Kemenangan 2-0 ke atas Thailand itu sekali gus menamatkan penantian 36 tahun Malaysia untuk kembali meraih emas acara berpasukan sepak takraw di Sukan Asia.

Kejayaan kem sepak takraw itu dalam masa sama menghadiahkan pingat emas keempat buat Malaysia pada temasya Aichi-Nagoya 2026.

Lebih menarik, Ahmad Jais sendiri pernah berada dalam pasukan yang meraih emas ketika itu.

1990 - Ahmad Jais sebagai pemain

2026 - Ahmad Jais sebagai ketua jurulatih

Daripada turun berjuang di gelanggang, kini beliau membimbing generasi baharu untuk mencipta sejarah yang sama.

36 tahun, dua era emas, satu nama.

Ahmad Jais Baharun.

Intipati
  • Ahmad Jais Baharun pernah membantu Malaysia meraih emas sepak takraw berpasukan pada 1990.
  • Beliau kembali ke Sukan Asia 2026 sebagai ketua jurulatih skuad lelaki negara.
  • Malaysia menewaskan Thailand 2-0 untuk menamatkan penantian emas berpasukan selama 36 tahun.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan