Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Siapa Yang Nak Nikah Tu, Ini Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri 2018

Mas kahwin antara perkara paling penting yang perlu disediakan oleh pihak lelaki kepada si isteri semasa proses akad dan nikah. Kepada yang mungkin tak tahu, mas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggunjawab suami terhadap isterinya.

Pun begitu, jumlah mas kahwin ini ditetapkan mengikut negeri-negeri di Malaysia. Setiap negeri menetapkan jumlah yang berlainan.

Contohnya bagi negeri Selangor, Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu, nilai maskahwin ditetapkan had minimanya sebanyak RM300.00 bagi anak dara atau janda tanpa ada had maksima.

Dibawah ini kami kongsikan kadar mas kahwin mengikut negeri yang bakal membina masjid tak lama lagi.

Negeri

Nilai Janda RM

Nilai Bujang RM

Johor

22.50

22.50

Melaka

100.00

100.00

Negeri Sembilan

12.00

24.00

Selangor

300.00

300.00

Kuala Lumpur

40.00

80.00

Perak

101.00

101.00

Pulau Pinang

24.00

24.00

Kedah

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Perlis

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Pahang

22.50

22.50

Terengganu

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Kelantan

Tiada Ketetapan

Tiada Ketetapan

Sabah

80.00

100.00

Sarawak

120.00

120.00

Labuan

80.00

80.00

Bagi negeri yang tiada ketetapan kadar, maka nilainya harus ditentukan oleh ahli keluarga pihak perempuan melalui runding yang dipersetujui bersama.

Kadar diatas mungkin akan berubah mengikut arahan Majlis Agama Islam negeri masing-masing dari semasa ke semasa.

Sumber: Website Mufti Selangor