Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Siasatan Ke Atas Pendedahan, Penyebaran Disyaki Minit Mesyuarat JAC – KPN

Hannah
siasatan Minit Mesyuarat JAC
Gambar: BERNAMA

Siasatan Ke Atas Pendedahan, Penyebaran Disyaki Minit Mesyuarat JAC – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan berhubung pendedahan dan penyebaran dokumen yang disyaki sebagai minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan terhadap kes tersebut sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Beliau menjelaskan, fokus siasatan adalah ke arah pendedahan dan penyebaran maklumat tersebut, sama ada di peringkat dalaman mahupun menerusi media sosial.

“PDRM akan memanggil semua saksi kompeten bagi membantu siasatan kes ini,” tambah beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan sebarang dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai dokumen terperingkat kepada umum.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam mendedahkan dan menyebarkan maklumat tersebut,” tegas beliau.

BACA: Pihak Berkuasa Perlu Siasat Kesahihan Minit Mesyuarat JAC Yang Tular – Fahmi

Sumber: PDRM