Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pengerusikan Mesyuarat AKPS, Shuhaily Kembali Bertugas Hari Ini

Shuhaily Kembali Bertugas
Kredit: AKPS

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kembali bertugas hari ini selepas bercuti pada minggu lalu.

Menerusi satu perkongsian di laman rasmi AKPS, Mohd Shuhaily dilihat mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil. 3/2026 yang menghimpunkan semua pegawai kanan dan komander pintu masuk agensi berkenaan.

Shuhaily Kembali Bertugas

Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027, khususnya usaha memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara.

“Fokus jelas. Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan. AKPS terus komited memperkukuh kecekapan pengoperasian, integriti dan keselamatan pintu masuk negara,” menurut kenyataan AKPS.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil keputusan untuk mengembalikan Mohd Shuhaily yang berkhidmat di AKPS menerusi kontrak peminjaman kader kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dalam kejadian pada 28 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.