Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sime Beyond Auto (Beyond Auto), anak syarikat Sime Motors, terus memperkukuh kedudukannya sebagai kumpulan pengedar BYD terbesar, dipacu oleh jualan kukuh, kepercayaan pelanggan dan pelaburan berterusan dalam kecemerlangan digital dan runcit. Sime Beyond Auto mencatatkan satu lagi mercu jaya dengan pembukaan BYD Sri Petaling, cawangan keenam di Malaysia.
Terletak secara strategik di koridor Bukit Jalil–Sri Petaling, pusat 1S baharu ini menempatkan BYD di tengah-tengah salah satu daripada kawasan kediaman dan gaya hidup sukan paling pantas berkembang di Kuala Lumpur. Kawasan ini menempatkan komuniti profesional dan keluarga muda yang bertenaga, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk BYD mendekati pengguna yang mengutamakan gaya hidup moden.

Pada bulan Ogos, BYD Sri Petaling akan terus melangkah maju dengan menyediakan konsep bilik pameran berinspirasi sukan yang menyerlahkan warisan sukan Bukit Jalil yang menempatkan Stadium Nasional dan kemudahan bertaraf dunia. Wawasan BYD yang menekankan tenaga, prestasi dan pergerakan, menyediakan sebuah bilik penyerahan yang dibayangkan sebagai “titik tumpuan”, di mana setiap penyerahan kereta diraikan.
Dengan kapasiti untuk memuatkan sehingga lima kenderaan dan juga ruang istirahat pelanggan yang selesa, pendekatan berpandukan sukan mengubah bilik pameran menjadi destinasi gaya hidup yang mengukuhkan identiti jenama progresif BYD sambil memaparkan komitmen Sime Beyond Auto untuk menyediakan persekitaran moden bertumpukan pelanggan.
Vi Thim Juan, Pengarah Urusan, Peruncitan & Pengedaran Malaysia, Sime Motors, menambah, “Perjalanan Sime Beyond Auto mencerminkan komitmen kami untuk meluaskan capaian kepada jenama BYD dan mengukuhkan kedudukan kami di seluruh Malaysia. Setiap cawangan baharu mencerminkan usaha kami membawakan pengalaman BYD lebih dekat dengan rakyat Malaysia sambil meningkatkan piawaian kecemerlangan runcit dan khidmat lepas jualan automotif."

"Sebagai kumpulan pengedar BYD No.1 di Malaysia, kami berbangga untuk menerajui pengembangan operasi BYD, menyokong cita-cita pertumbuhannya dan menggiatkan penggunaan pengangkutan elektrik di seluruh negara. Sejak diasaskan pada 2022, Sime Beyond Auto telah berkembang pesat ke pasaran-pasaran penting, dipacu oleh pengalaman pelanggan, perhubungan digital dan kecemerlangan lepas jualan."
"Kejayaan ini diperkukuh dengan sokongan Sime Motors, salah satu peserta automotif terkemuka dengan pengalaman menjangkau beberapa dekad dalam bidang peruncitan, pengedaran dan pengurusan pengalaman pelanggan dan portfolio yang merangkumi jenama mewah, premium, arus perdana dan komersial.”

Sime Beyond Auto telah menempa nama sebagai kumpulan pengedar BYD terbesar di Malaysia dengan memperlihatkan kecemerlangan secara konsisten di setiap peringkat perjalanan pelanggan. Kepimpinannya ditakrifkan oleh tiga tunggak yang membezakan syarikat: prestasi pengedar pemenang anugerah, perjalanan pelanggan digital, dan kemudahan di seluruh negara yang boleh dikunjungi semua rakyat Malaysia.
Pengedar Pemenang Anugerah
Kedudukannya sebagai pemimpin dikukuhkan lagi oleh beberapa anugerah berprestij yang diterima di Persidangan Pengedar Kebangsaan BYD 2025, termasuk:
Juara Keseluruhan Malaysia (BYD Mansion Macalister, Pulau Pinang)
Daripada 39 bilik pameran BYD di seluruh negara, cawangan Pulau Pinang diangkat sebagai Juara Keseluruhan, menekankan prestasi cemerlangnya dalam bidang jualan, pemasaran dan perkhidmatan pelanggan.
Cawangan Pengedar Utama (Juara – BYD Ara Damansara, Selangor)
Memenangi anugerah kerana prestasi keseluruhan terbaik dalam kecemerlangan jualan dan operasi di seluruh rangkaian wakil penjual BYD.
Penyiar Strim Langsung Utama (Juara – BYD Kuala Lumpur @ TREC)
Diiktiraf sebagai cawangan terbaik bagi prestasi TikTok LIVE yang cemerlang.
Anugerah Kecemerlangan Pengalaman Pelanggan (Juara – BYD Mansion Macalister, Pulau Pinang)
Dinobatkan kerana membawakan pengalaman pemilikan yang menyenangkan dan memuaskan secara konsisten.
Pengurus Pemasaran Terbaik Tahun 2025 (Naib Juara – Sime Beyond Auto)
Diberi penghormatan kerana kempen bermakna yang mengukuhkan kedudukan jenama Sime Beyond Auto dan BYD di Malaysia.
Anugerah Kepimpinan Lepas Jualan Cemerlang (Naib Juara – BYD Mansion Macalister, Pulau Pinang)
Diiktiraf kerana menetapkan penanda aras bagi kualiti perkhidmatan, perkhidmatan pelanggan dan sokongan lepas jualan.
Secara keseluruhannya , semua pengiktirafan ini mengetengahkan keupayaan Sime Beyond Auto untuk mencapai kecemerlangan di setiap peringkat perjalanan pelanggan, daripada jualan dan penyerahan kepada khidmat lepas jualan dan pemilikan jangka panjang.
Proses Pendigitalan Pelanggan Menerusi Aplikasi Mudah Alih OneGo
Menerusi aplikasi mudah alih OneGo Sime Motors, pelanggan boleh menguruskan janji temu servis, mendapatkan maklumat kenderaan, menikmati manfaat eksklusif dan terus kekal terhubung dengan ekosistem Sime Beyond Auto.
Liputan Seluruh Negara
Dengan enam cawangan di serata Malaysia, Sime Beyond Auto memastikan pelanggan di seluruh negara boleh mengunjungi dan meninjau rangkaian kenderaan inovatif dan menikmati piawaian servis penanda aras BYD.

BYD Ara Damansara, Selangor
BYD Mid Valley Southkey, Johor
BYD Kuala Lumpur @ TREC
BYD Tebrau, Johor
BYD Mansion Macalister, Pulau Pinang
BYD Sri Petaling, Selangor
Gabungan kesemua cawangan ini mewujudkan rangkaian kecemerlangan di seluruh negara, meletakkan Sime Beyond Auto sebagai Kumpulan wakil penjual BYD terbesar Malaysia dan peneraju masa depan pengangkutan elektrik negara.

Pada hujung minggu ini, pelanggan yang membuat tempahan di mana-mana cawangan Sime Beyond Auto boleh menikmati pakej promosi bernilai sehingga RM14,000 bagi BYD ATTO 3 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM1,000 dalam cabutan bertuah.
Selain daripada promosi hujung minggu, pelanggan yang membuat tempahan di mana-mana cawangan Sime Beyond Auto dari 1 Julai hingga 30 September 2026 juga berpeluang memenangi sebuah motosikal bernilai RM39,900*.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, ikuti BYD Beyond Auto di https://www.facebook.com/share/1BwVxiqshL/?mibextid=wwXIfr dan https://www.instagram.com/bydsimebeyondauto/, Untuk pertanyaan, sila hubungi BYD Beyond Auto di 1300-13-9989.