Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Singapura Premier League Buka Penyertaan Termasuk Kelab Luar

Iqbal Yasir
Singapura Premier League
Gambar: Stadium Astro

Singapura Premier League Buka Penyertaan Termasuk Kelab Luar

Liga Perdana Singapura atau Singapore Premier League (SPL) kini terbuka untuk mana-mana kelab termasuk dari luar bagi pencarian kelab di liga berkenaan, lapor Stadium Astro.

Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Rabu lalu untuk menyambung semula pencarian kelab.

Jelas FAS, mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai perlu mengemukakan ‘cadangan komprehensif untuk penyertaan’ dalam SPL bermula dari musim 2025-2026.

Pihaknya mengalu-alukan kelab tempatan mahupun luar dari Singapura.

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan 14 Mac ini. Setakat ini, sembilan pasukan telah menyertai SPL terdiri daripada tujuh pasukan (Singapura), dua kelab masing-masing dari Brunei dan Jepun.

Johor Bakal Anjur ‘Piala Dunia’

Terdahulu, Johor terus mencipta sejarah apabila Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bakal menjadi pentas Kejohanan Piala Dunia Pempengaruh 2025 yang bakal diadakan buat julung kalinya pada September ini, petik Stadium Astro.

Perkara itu dikongsikan oleh Johor Southern Tigers menerusi akaun Facebook rasminya.

Pengumuman ini secara tidak langsung menghangatkan lagi arena bola sepak tempatan, apatah lagi kojohanan ini membuka peluang Malaysia bertemu dengan pasukan handalan dunia.

Dalam klip tersebut memaparkan 8 negara seperti Argentina, Sepanyol, Perancis, Mexico, England, Chile, Colombia termasuk Malaysia terlibat dalam pertandingan sulung itu.

Penglibatan negara di pentas sebesar ini sudah tentunya akan membuka mata dunia terutamanya untuk pempengaruh serata dunia.

Sumber: Stadium Astro

BACA: Masjid, Surau Seliaan JAKIM Dan JAWI Adakan Solat Hajat Doa Kesejahteraan Agong Esok

BACA: Lesen Bazar Ramadan Dibatalkan Jika Dijual Semula – PM Anwar

BACA: Nahas KM204: Syarikat Lori Disyaki Punca Kemalangan Didakwa 4 Mac

BACA: Lima Rumah, Empat Motosikal Rosak Dalam Kebakaran Di Manjoi