Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Kebakaran Manjoi
Sumber: BERNAMA

Lima Rumah, Empat Motosikal Rosak Dalam Kebakaran Di Manjoi

Hannah

Lima Rumah, Empat Motosikal Rosak Dalam Kebakaran Di Manjoi

IPOH, 10 Feb (Bernama) — Lima buah rumah terbakar dan empat motosikal rosak teruk dalam kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussin Baru, Manjoi di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.45 malam, sebelum anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dan Ipoh tiba di lokasi kejadian 14 minit kemudian.

Beliau berkata setibanya jentera bersama anggota bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan lima rumah satu tingkat jenis kelas B, dengan setiap rumah sedang terbakar 50 peratus, bagaimanapun tiada mangsa yang tercedera.

“Ketua operasi melaksanakan sizeup, seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) dengan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan air tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

“Anggaran kemusnahan ialah dua buah rumah musnah 80 peratus, sebuah rumah (50 peratus), sebuah rumah (10 peratus) dan rumah terakhir (lima peratus). Turut terbakar ialah empat buah motosikal dengan anggaran kemusnahan kesemuanya 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata operasi tamat pada 11.38 malam.

BACA: Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Sarawak Berkurangan Malam Ini

BACA: Program Imunisasi Influenza Warga Emas Bermula 18 Februari

BACA: Berang Diminta Alihkan Barang Dipercayai Punca Suspek Lepaskan Tembakan – Mohd Shuhaily

Sumber: BERNAMA