Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Korang mesti tengah pening nak cari drama Korea yang menarik kan? Nah, apa kata korang ‘layan’ satu siri drama baharu di Viu sekarang sebab pelbagai variasi drama Korea khas untuk korang semua.
Tetapi, yang paling pecah rekod, korang kena tonton siri Viu Original pertama daripada Korea iaitu River Where The Moon Rises.

Drama Viu Original River Where The Moon Rises ini hanya ditayangkan secara eksklusif Viu, jadi cepat muat turun aplikasi Viu kalau korang masih belum ada. Gandingan hero dan heroin kegemaran ramai, Ji Soo sebagai jeneral On Dal yang bertaut cinta dengan seorang puteri raja yang berani watak dibawa oleh Kim So Hyun.
Drama Viu Original ini juga menampilkan Lee Ji Hoon yang memegang watak Go Geon, general elit Goguryeo dan Choi Yu Hwa sebagai Hae Mo Yang.


Diadaptasi dari cerita kisah rakyat klasik “The History of the Three Kingdoms,” dan kisah “River Where the Moon Rises” berkisar tentang permulaan kisah percintaan antara Puteri Pyeonggang dan jeneral On Dal, dan perjuangan sang puteri ini yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin wanita pertama di bumi Goguryeo. Hmm, mesti best kan?

Sejak kecil puteri ini dididik oleh ibunya untuk menjelajah setiap kawasan dibawah naungan kerajaan mereka. Suatu hari, mereka bertemu sebuah keluarga Panglima On Hyeop dan anak lelakinya, On Dal.
Namun, pertemuan mereka menyebabkan pertumpahan darah antara ibu dan bapa mereka terkorban semasa menangani konspirasi yang sedang berlaku di kota tersebut.
Jadi, On Dal dan Pyeonggang bakal membongkar konspirasi jahat dan berbahaya sehingga mengorbankan orang yang disayangi mereka. Tapi berjayakah mereka? Bagaimana pula dengan kisah percintaan mereka? Adakah Pyeonggang akan menjadi wanita pertama yang memerintah Goguryeo.?

Kalau korang tak nak lepaskan peluang ini, jangan lupa saksikan drama terbaru Korea ni hanya di Viu.
Tak sabarnya nak tengok Kim So Hyun bawa watak personaliti berbeza iaitu sebagai puteri dan juga tentera pahlawan yang bernama Yeom Ga Jin.
Jadikan tahun 2021 ini lebih bermakna selepas menonton drama Korea kegemaran korang di Viu.
Tunggu apa lagi, jom ‘layan’ drama Korea tanpa had dan banyak lagi di www.viu.com.