Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Siri SPOTLIGHT KLCC Bersedia Untuk Meningkatkan Landskap Hiburan Langsung Malaysia Dengan Pengalaman Muzik Premium
KUALA LUMPUR, 4 Jun 2026 — SPOTLIGHT KLCC Convention Centre, sebuah siri persembahan baharu yang dikurasi oleh HiFive Entertainment dengan kerjasama KLCC Convention Centre. Bagi siri pertamanya di pentas berprestij, Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada Ogos ini, siri ini bersedia untuk membawa pengalaman baharu kepada landskap hiburan langsung Malaysia dengan menampilkan barisan bakat muzik terbaik negara ini. Direka untuk pencinta hiburan yang bersemangat, siri ini berjanji untuk meningkatkan pengalaman konsert tradisional melalui persembahan imersif dan produksi langsung yang berkualiti.
Kerjasama dengan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) ini menandakan satu inisiatif untuk terus meletakkan Plenary Theatre sebagai destinasi bagi persembahan langsung berskala intim dan pengalaman hiburan yang dikurasi di pusat bandar raya.
Didorong oleh permintaan penonton yang semakin meningkat terhadap hiburan langsung, SPOTLIGHT KLCC Series merapatkan jurang antara artis dan peminat. Bab 1 yang akan datang terdiri daripada 6 siri yang dijadualkan berlangsung pada 22 Ogos 2026 dan 12 September 2026. Ia akan menampilkan barisan artis yang cemerlang merangkumi pelbagai genre serta terdiri daripada ikon dan bakat baharu Malaysia, termasuk Aizat Amdan, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Orked Farhan, Iman Troye, Imran Ajmain dan Noryn Aziz.

“Dengan SPOTLIGHT KLCC Series, misi kami sentiasa untuk membuktikan bahawa pengalaman budaya yang luar biasa tidak memerlukan venue yang besar atau harga tiket yang terlalu tinggi,” kata Pengarah Projek SPOTLIGHT KLCC, Mike Manicka. “Kami amat komited untuk memperjuangkan persembahan berskala kecil dan intim yang menawarkan suasana premium dan sofistikated kepada penonton. Dalam masa yang sama, menawarkan harga tiket yang mampu milik dan boleh diakses oleh semua.”
“Sambutan luar biasa yang kami terima setakat ini menyemarakkan lagi semangat kami, dan kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami akan memperkenalkan Bab 2 perjalanan ini secara rasmi pada Julai hadapan. Janji kami adalah untuk membawa lebih banyak persembahan berkualiti tinggi yang dikurasi khas,” tambah Mike.
Selain mempersembahkan malam-malam muzik yang tidak dapat dilupakan, SPORTLIGHT KLCC Series berfungsi sebagai hab budaya, mewujudkan peluang yang bermakna untuk artis, jenama tempatan dan komuniti berhubung. SPOTLIGHT KLCC Series juga akan menganjurkan pelbagai persembahan langsung dalam siri akan datang mereka, daripada lebih banyak persembahan muzik langsung sehingga komedi berdiri (stand-up comedy).
Bagi memastikan pengalaman tempahan yang lancar dan tanpa kerumitan untuk peminat, tiket akan tersedia secara eksklusif melalui platform tiket rasmi Ticket2U.
22 Ogos 2026
Siri 1: AIZAT AMDAN - 1:30 petang
Standard RM150
Premium RM200 dengan Meet & Greet
Siri 2 : SOG – 4:30 petang
Standard RM150
Premium RM200 dengan Meet & Greet
Siri 3 : ORKED FARHAN – 8:30 malam
Standard RM150
Premium RM200 dengan Meet & Greet
12 September 2026
Siri 4 : IMAN TROYE - 1:30 petang
Standard RM150
Premium RM200 dengan Meet & Greet
Siri 5 : IMRAN AJMAIN - 4:30 petang
Standard RM150
Premium RM200 dengan Meet & Greet
Siri 6 : NORYN AZIZ - 8:30 malam
Standard RM180
Premium RM260 dengan Meet & Greet
Tiket & Kemas Kini:
Tiket boleh didapati secara dalam talian di TICKET2U.
Untuk kemas kini terkini, ikuti @hifiveasia dan @klccconventioncentre di Instagram dan Facebook.
Rakan Media:
ERA dan SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi serta Astro Gempak sebagai Rakan Media Digital Rasmi.