Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sistem Ujian Dan Isolasi Kini Sudah Diautomasi Secara Digital – Khairy Jamaluddin

Kredit: BERNAMA

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa sistem ujian dan isolasi COVID-19 kini sudah diautomasi secara digital.

Jelas beliau, seseorang yang mendapat keputusan positif COVID-19, perlu melapor terus di aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan Arahan Pemantauan di rumah (HSO) secara digital.

”Jika tiada gejala atau gejala ringan (2A) tak perlu pergi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Kementerian Kesihatan. Pengasingan diri dan kemas kini status kesihatan menerusi MySejahtera,” katanya.

Kata Khairy, pengasingan diri dan HSO adalah bertujuan bagi mengelakkan kesesakan di CAC yang perlu melakukan saringan ke atas kes-kes yang bergejala teruk sahaja.

”Jika anda bergejala atau mempunyai simptom ringan, duduk di rumah untuk pulih. Jika gejala yang dialami semakin teruk, maka dapatkan bantuan perubatan,” kata Khairy.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin