Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
'Siuuu' Faisal Halim
Kredit: Selangor FC via Facebook

‘Siuuu’ Faisal Halim Kembali Bergema, Ledak Hatrik Bantu Selangor Benam KDN

Hannah

‘Siuuu’ Faisal Halim Kembali Bergema, Ledak Hatrik Bantu Selangor Benam KDN

KUALA LUMPUR — Selepas menempuh musim yang ‘panjang’, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim akhirnya kembali menemui sentuhan jaringan apabila cemerlang meledak hatrik membantu Selangor FC membelasah pasukan tercorot Kelantan Darul Naim (KDN) FC 7-0 pada saingan Liga Super 2024/2025 semalam.

Aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan Faisal Halim menamatkan kemarau jaringan selepas 447 hari (kali terakhir menjaringkan gol ketika menentang PDRM FC musim lalu) apabila beliau dengan tenang menyambut hantaran dari sebelah kiri ketua pasukan Muhammad Safuwan Baharudin untuk memulakan pesta gol Gergasi Merah pada minit ke-13.

Pemain pertahanan Quentin Cheng menggandakan jaringan Selangor menerusi voli dari sudut sukar di sebelah kanan padang pada minit ke-31 sebelum mencipta peluang buat Faisal Halim, yang menjadi mangsa simbahan asid Mei lepas, mencetak gol kedua peribadi pada minit kedua masa kecederaan babak pertama.

Percaturan Katsuhito Kinoshi membawa masuk pemain tengah Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi menggantikan tonggak import Yohandry Orozco pada babak kedua benar-benar mencetuskan impak dengan menjadi arkitek buat tiga lagi gol pasukannya.

Umpanan Mukhairi Ajmal membuka ruang buat pemain pertahanan Harith Haiqal Adam Afkar menjaringkan dua gol dalam masa singkat, masing-masing pada minit ke-54 dan ke-56, disusuli hantaran dari sebelah kanan yang dimanfaatkan Faisal Halim untuk melengkapkan hatrik pada minit ke-66.

BACA: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Tembakan, Letupan Bom Di Sungai Golok – Polis

Penyerang gantian Muhammad Aliff Izwan Yuslan tidak mensia-siakan kemunculannya di atas padang apabila bijak menghidu hantaran pemain tengah dari Croatia Nikola Jambor untuk menoktahkan kemenangan besar Selangor sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua dengan 46 mata manakala KDN kekal terperosok di tangga terbawah menerusi tujuh mata.

Dalam pada itu, dua jaringan penyerang import Kpah Sherman masing-masing pada minit ke-72 dan ke-78 membantu Sri Pahang FC mengutip tiga mata berharga apabila menundukkan tuan rumah PDRM FC 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Terdahulu, tandukan pemain pertahanan dari Argentina Stefano Brundo membuka tirai jaringan buat skuad Tok Gajah pada minit ke-38 manakala jaringan sagu hati skuad ‘The Cops’ disumbangkan Bruno Suzuki tujuh minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Kemenangan keempat Sri Pahang musim ini menyaksikan mereka kini di tangga ke-10 liga dengan 20 mata sementara PDRM berada di kedudukan kelapan dengan 21 mata.

Satu lagi aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung membabitkan tuan rumah Perak FC dan Negeri Sembilan FC pula berkesudahan seri tanpa jaringan.

Keputusan tersebut membantu kedua-dua pasukan mengekalkan kedudukan dengan Perak FC mengutip 24 mata di tangga ketujuh dan Negeri Sembilan di tempat ke-12 dengan 13 mata.

BACA: Tular Rakaman Bot Langgar Beberapa Kediaman Penduduk

BACA: Intervensi Kerajaan Pastikan Bekalan Minyak Masak Botol Cukup Untuk Rakyat – Armizan

Sumber: BERNAMA