Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Bekalan Minyak Masak armizan
Gambar: Bernama

Intervensi Kerajaan Pastikan Bekalan Minyak Masak Botol Cukup Untuk Rakyat – Armizan

Iqbal Yasir

Intervensi Kerajaan Pastikan Bekalan Minyak Masak Botol Cukup Untuk Rakyat – Armizan

PAPAR, 8 Mac (Bernama) — Intervensi segera yang dilaksanakan kerajaan adalah penting bagi memastikan bekalan minyak masak sawit tulen kemasan botol cukup untuk keperluan rakyat dalam tiga tempoh tiga bulan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini berikutan ada syarikat mengurangkan pengeluaran minyak masak itu hingga 50 peratus berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dunia meningkat, yang menyebabkan kekurangan bekalan.

Beliau berkata tempoh tiga bulan itu juga penting bagi memastikan rakyat mendapatkan bekalan minyak masak yang cukup bagi meraikan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, dan Hari Gawai sekitar tempoh tersebut.

“Intervensi ini adalah penyelesaian jangka masa pendek segera melalui pemberian insentif khas, namun kita juga perlu fikirkan (penyelesaian) jangka masa panjang. Kita akan bincangkan dengan semua pihak terlibat bagaimana kita mahu tangani isu ini dalam jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Servis Ihsan MADANI@Petronas Autoexpert (Sim@Pax) Hari Raya Aidilfitri dan Ikhlas Ramadan Bersama Gas Petronas di sini hari ini.

BACA: Polis Tembak Mati Warga Emas Ada 14 Rekod Jenayah

Semalam, Armizan dilaporkan berkata kerajaan melaksanakan intervensi segera menstabilkan bekalan minyak masak sawit tulen kemasan botol di pasaran, dan keputusan itu dibuat susulan taklimat khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengenai gangguan bekalan minyak masak botol.

Beliau berkata bagi dua bulan pertama tahun ini, harga purata MSM per tan adalah RM4,672.50 pada Januari manakala RM4,759 pada Februari, dan akibat harga MSM berlarutan ini syarikat pembungkus minyak masak botol terpaksa mengurangkan pengeluaran bagi mengawal kos kerana terikat dengan perintah harga kawalan maksimum.

Armizan berkata dalam tempoh tiga bulan itu juga Anwar telah meminta KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Perladangan dan Komoditi serta semua pihak terlibat supaya mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang untuk isu tersebut.

“Harga MSM meningkat tetapi kerajaan tetap mahu beri subdisi minyak masak peket dan tetap (melaksanakan) harga siling untuk minyak masal botol bagi bantu rakyat. Dalam masa sama kita faham kekangan dihadapi syarikat, jadi kita fikirkan jalan penyelesaian bagi imbangi keperluan kos sara hidup rakyat dan industri,” katanya.

Beliau berkata bagi melaksanakan intervensi itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menghubungi dan akan duduk semeja dengan syarikat terlibat pada awal minggu depan.

“Kita akan tetapkan mekanisme ini minggu depan, tandatangan persetujuan pada Isnin atau Selasa nanti selain terangkan mekanisme ini. Alhamdulillah mereka (syarikat terlibat) sebenarnya telah mula kembalikan produksi ke paras normal kerana komitmen (intervensi) yang telah kita nyatakan,” katanya.

Sumber: Bernama

BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2025

BACA: 11 Tahun Berlalu, MH370 Masih Tiada Jejak