Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Skechers Friendship Walk & Run 2026 Kembali, Perkenal Larian 21KM Buat Kali Pertama Di Putrajaya

Nur Farra

Bersedia untuk pagi penuh suasana indah dikelilingi bunga-bungaan apabila Skechers Friendship Walk & Run 2026 kembali untuk edisi ke-9 pada 21 Jun 2026 di Putrajaya.

Dianjurkan oleh Skechers, acara tahun ini mencipta sejarah tersendiri dengan memperkenalkan kategori baharu 21KM Half Marathon, jarak paling jauh pernah ditampilkan dalam acara ini.

Selain kategori baharu tersebut, peserta masih boleh memilih:

  • 10KM Competitive Run – sesuai untuk mereka yang ingin mencabar rekod peribadi

  • 5KM Leisure Walk – pilihan santai untuk keluarga dan rakan-rakan

Pendaftaran early bird kini dibuka sehingga 5 April 2026 dengan yuran antara RM40 hingga RM95, bergantung kepada kategori. Peserta boleh memilih tiga kategori utama yang sesuai dengan tahap dan tujuan masing-masing:

  • 21KM Half Marathon (Baharu)
    Direka untuk pelari berpengalaman yang ingin mencabar jarak paling jauh
    Early Bird: RM95 | Harga Biasa: RM105

  • 10KM Competitive Run
    Sesuai untuk mereka yang ingin menguji kelajuan dan mencatat rekod peribadi
    Early Bird: RM65 | Harga Biasa: RM75

  • 5KM Leisure Walk
    Pilihan santai untuk keluarga dan rakan-rakan
    Early Bird: RM40 (kanak-kanak) / RM55 (dewasa) | Harga Biasa: RM40 (kanak-kanak) / RM65 (dewasa)

Menariknya, peserta kategori 21KM dan 10KM berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM1,000 serta baucar Skechers. Lebih istimewa, seorang peserta bertuah juga berpeluang memenangi bekalan kasut Skechers selama setahun.

Setiap peserta berdaftar turut akan menerima Race Pack eksklusif bernilai sehingga RM359 yang merangkumi baju acara, totebag, bib rasmi, e-sijil, baucar diskaun serta perlindungan insurans kemalangan.

Sama ada untuk kesihatan, cabaran atau sekadar aktiviti hujung minggu, Skechers Friendship Walk & Run 2026 menjanjikan pengalaman bermakna buat semua.