Skechers Malaysia kini kembali menganjurkan Skechers International Pickleball Tournament Malaysia Edition 2026 buat tahun keempat berturut-turut.
Kalau anda nak rasa pengalaman beraksi dalam kejohanan bertaraf antarabangsa, inilah masanya.
Tarikh: 8 hingga 10 Mei 2026
Lokasi: Tomaz Pickleball Club @ Subang Jaya
Pendaftaran: LINK
Kategori Untuk Semua Peringkat Tak kira anda 'pro' atau baru nak berjinak-jinak, ada 30 kategori disediakan merangkumi acara Perseorangan, Beregu, dan Beregu Campuran bagi empat kumpulan umur:
Junior (Bawah 18): Untuk bakat muda.
Novis & Pertengahan: Untuk umur 19+ dan 35+.
Terbuka: Untuk umur 19+, 35+, dan 50+.

Menariknya, semua perlawanan akan direkodkan di bawah sistem DUPR (sistem rating global), jadi anda boleh tahu tahap kemahiran sebenar anda di peringkat dunia!
Hadiah Lumayan & 'Goodies' Eksklusif Bukan sekadar medal, juara kategori Terbuka berpeluang membawa pulang wang tunai sehingga RM3,500 dan kasut prestasi tinggi Skechers Viper Court Pro.



Setiap peserta yang mendaftar juga akan mendapat:
Baju T eksklusif Skechers
Baucar tawaran istimewa Skechers
Barangan 'goodies' daripada penaja
