KUALA LUMPUR, 10 September 2026 – SOFY, jenama penjagaan feminin terkemuka di bawah Uni-Charm Corporation, hari ini memperkenalkan inovasi terbaharunya, SOFY Ultra Silk. Tuala wanita ultra nipis ini diperbuat daripada sutera tulen berkualiti tinggi, memberikan pengalaman yang sangat lembut dan selesa.
Kini boleh didapati secara eksklusif di Watsons Malaysia di seluruh negara, SOFY Ultra Silk direka khas untuk membantu mengurangkan iritasi kulit akibat geseran, sekali gus membolehkan wanita bergerak lebih bebas dan menjalani rutin harian dengan lebih selesa serta yakin.

Menurut Unicharm Penetration Survey, dua daripada lima wanita Malaysia mengalami iritasi kulit ketika haid. Sebanyak 32% pengguna yang kerap mengalami ruam kulit di bahagian celah paha mengaitkan iritasi tersebut dengan geseran yang disebabkan oleh bahan plastik keras pada bahagian sisi tuala wanita, terutamanya ketika berjalan dan bersenam. Inovasi terbaharu SOFY direka khas menggunakan Sutera Mulberi Gred 6A dari Suzhou dan mempunyai ketebalan ultra nipis, iaitu hanya 0.06 cm. Ia direka untuk menangani masalah ini dengan mengurangkan geseran pada kulit, sekali gus membolehkan wanita bergerak dengan lebih bebas dan selesa sepanjang hari.
“Di SOFY, visi kami adalah untuk memperkasakan wanita agar berasa ‘So Me, So Free’, kerana haid tidak seharusnya menjadi penghalang kepada wanita untuk menjalani kehidupan dengan selesa dan yakin. Pelancaran SOFY Ultra Silk yang baharu ini membuktikan komitmen jenama untuk terus berinovasi bagi memenuhi keperluan wanita yang sentiasa berkembang, serta menyediakan penyelesaian yang membolehkan mereka bergerak bebas, kekal positif dan meneroka setiap kemungkinan,” kata Encik Shigeto Yamanaka, Group Managing Director, Uni-Charm Corporation Sdn Bhd.
“Kami juga berbangga dapat bekerjasama dengan Watsons Malaysia, yang mempunyai komitmen kukuh dalam menyokong kesejahteraan dan penjagaan diri wanita secara menyeluruh. Nilai ini amat selari dengan visi SOFY. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat memberikan lebih banyak sokongan kepada wanita agar mereka berasa yakin, selesa dan bebas setiap hari,” tambah beliau.

Nikmati sutera tulen terunggul bersama SOFY Ultra Silk. Dicipta khas untuk wanita yang ingin kekal selesa dan yakin sepanjang tempoh haid, SOFY Ultra Silk menawarkan pengalaman penjagaan haid premium yang menggabungkan kelembutan, keselesaan dan perlindungan yang boleh dipercayai. Direka dengan teliti untuk menyokong pergerakan harian, SOFY Ultra Silk membolehkan wanita menjalani hari mereka dengan lebih selesa, daripada bekerja dan menguruskan rutin harian, sehinggalah kekal aktif serta menikmati detik-detik yang paling bermakna.
SOFY Ultra Silk – Nikmati SUTERA TULEN TERUNGGUL
SOFY Ultra Silk ialah tuala wanita super ultra nipis, dengan ketebalan hanya 0.06cm, diperbuat menggunakan Luxury Oriental Silk bagi membantu meminimumkan geseran antara paha dalam. Ini membantu mengurangkan iritasi kulit, membolehkan wanita menikmati keselesaan yang lebih baik serta bergerak dengan bebas sepanjang hari.
Luxury Oriental Silk: Permukaan diperbuat daripada Sutera Mulberi Suzhou Gred 6A untuk memberikan sentuhan yang sangat lembut.
Super Ultra Slim 0.06cm: Reka bentuk super ultra nipis dengan 3X lebih pengudaraan untuk memberikan rasa seperti tidak memakai tuala wanita.
Triple Absorbent Layer: Menyerap 30% lebih pantas bagi memastikan permukaan kekal kering serta membantu mencegah kebocoran.
Sempena pelancaran ini, SOFY Ultra Silk akan membawakan #theFinestPureSilk Roadshow kepada para pengguna dengan kerjasama Watsons Malaysia.
Roadshow ini menawarkan pengalaman interaktif kepada pengguna untuk mengenali SOFY Ultra Silk dengan lebih dekat melalui pelbagai aktiviti menarik, termasuk:

The Silk Lab: Ruang khas untuk pengguna meneroka dan mengetahui lebih lanjut mengenai SOFY Ultra Silk.
The Silk Wall: Pengguna boleh mengambil gambar bersama pek SOFY Ultra Silk bersaiz gergasi atau berkongsi detik kegemaran mereka dari roadshow di media sosial.
Oriental Scents Bar: Pengguna boleh berkreativiti dengan menghasilkan uncang herba mereka sendiri secara DIY.
Selain itu, promosi masa terhad turut ditawarkan sepanjang roadshow dengan pengguna boleh menikmati PERCUMA SOFY Oriental Knot Bag dengan perbelanjaan minimum RM30; dan PERCUMA SOFY Oriental Knot Bag + RM6 diskaun serta-merta dengan perbelanjaan minimum RM60.
Jadual Roadshow adalah seperti berikut
Launch Roadshow | 9–13 September 2026, FF, V-Boulevard (di hadapan Brand Outlets), Sunway Velocity |
Substances Roadshow | 21–27 September 2026, LG2, Orange Avenue (di hadapan Watsons), Sunway Pyramid |
Substances Roadshow | 28 Oktober–1 November 2026, Aras 1 (di hadapan Watsons), 1 Utama |
SOFY Ultra Silk baharu boleh didapati dalam pilihan panjang 25cm dan 29cm pada harga RM11.90. Pengguna boleh mendapatkan SOFY Ultra Silk di cawangan Watsons di seluruh negara atau membeli dengan mudah secara dalam talian melalui Watsons Online.
Untuk maklumat lanjut mengenai SOFY dan acara terbaharunya, ikuti SOFY di halaman Facebook, Instagram dan TikTok.
