Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

SOGO Sesak, Dibanjiri Peminat Pakat Berkerumun & Teruja Nak Jumpa Paris Hilton
Selebriti terkenal global, Paris Hilton menyantuni peminatnya di Malaysia dalam satu majlis yang berlangsung di puasat beli belah SOGO, Kuala Lumpur hari ini.
Hilton, atau nama sebenarnya Paris Whitney Hilton tiba di Malaysia pada Rabu dan disambut ribuan peminat. Beliau kemudian berada di pusat beli belah SOGO dan kehadirannya disambut meriah oleh orang ramai disana.
Beberapa video peminat bertuah yang sempat bergambar dan bersemuka dengan beliau turut dimuat naik di media sosial lalu menjadi viral.
Kelihatan anggun mengenakan mengenakan gaun berwarna biru muda, Paris kelihatan tidak kekok untuk menghulurkan tangan dan bersalaman bersama para peminatnya.
Difahamkan, kehadiran selebriti asal Amerika Syarikat itu ke tanah air adalah untuk melancarkan minyak wangi baharunya, Ruby Rush pada 13 September ini.
Majlis pelancaran minyak wangi itu telah diuar-uarkan sebelum ini menerusi laman X (@ParisHilton) pada 9 September lalu.
Dalam ciapan tersebut, Hilton kelihatan elegan mengenakan pakaian berwarna merah serta memegang botol minyak wangi yang dipercayai Ruby Rush yang telah diperkenalkan pada hari ini.
Sebelum majlis berlangsung, Sinar Daily melaporkan beberapa pengunjung pusat beli belah dan peminat sudah pun ‘berkampung’ di perkarangan kawasan berkenaan untuk menunggu ketibaan selebriti tersebut.
Sepanjang berada di Malaysia, selebriti yang berusia 42 tahun itu mengenakan pakaian yang berwarna lembut dan sopan ketika berjumpa peminatnya.
Ini memberikan tanggapan positif kepada artis tersebut kerana memahami undang-undang dan budaya di sesebuah negara.
Untuk makluman, ini merupakan kali kedua usahawan berkenaan menjejakkan kaki ke Malaysia.
Sebelum ini, Hilton buat pertama kalinya datang ke Malaysia pada 2015. Beliau telah hadir ke Malaysia kerana terlibat dengan konsert #PartyOfTheCentury yang diadakan di Empire City, Kuala Lumpur.
BACA: Nasi Bau Hangit, Letak ‘Satu’ Bahan Ini Auto Jadi Wangi Semula
Sumber: Sinar Daily via TikTok, @ParisHilton via X, Astro Gempak