Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Speaker Belum Terima Surat Letak Jawatan Hamzah Sebagai Ketua Pembangkang

BERNAMA
Hamzah
Kredit: Bernama

Speaker Belum Terima Surat Letak Jawatan Hamzah Sebagai Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.

Perkara itu disahkan Johari ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Belum (terima surat)”, katanya ringkas.

Ahad lepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Hamzah bukan lagi penyandang jawatan Ketua Pembangkang.

Ahmad Samsuri berkata susulan peletakan jawatan itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk menghantar surat rasmi bagi memaklumkan kekosongan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sumber:BERNAMA