Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Spesies Ular Berbisa Terbaru Ditemui Di Australia

Syed Faisal Sayed Muhammad
spesies ular berbisa terbaru
Kredit Twitter

Spesies Ular Berbisa Terbaru Ditemui Di Australia

Satu spesies ular berbisa terbaru dilaporkan ditemui di kawasan pedalaman Australia oleh sepasukan penyelidik universiti dan muzium, lapor Daily Mail.

Ular yang dinamakan ‘The Desert Whip‘ atau nama saintifiknya Demansia Cyanochasma telah mendiami kawasan padang pasir terpencil di Australia Tengah.

Selama beberapa dekad, ular spesies ini diklasifikasikan sebagai spesies yang berkaitan. Tetapi penyelidik juga telah menemui bahawa ular itu sedikit berbeza dengan spesies mereka sendiri.

Pasukan yang diketuai oleh ahli genetik Universiti Adelaide, James Nankivel bersama penyelidik kehormat Muzium Australia Selatan, Mark Hutchinson. Penyelidikan itu turut disertai oleh penyelidik Perth, Brad Maryan dan Brian Bush.

Kredit Adelaide University

Penyelidikan itu mendapati terdapat perbezaan unik yang ditemui melalui sampel tisu, yang membawa kepada pengenalan tepatnya.

Walaupun berbisa, ular ‘desert whip‘ ini tidak memberikan ancaman yang ketara kepada manusia.

“Mereka membesar sehingga kira-kira 70cm panjang dan mereka sangat langsing, itu bermakna kepala mereka sangat kecil. Serta taring mereka sangat pendek untuk saiz mereka itu,” jelas Dr Hutchinson.

“Mereka pasti akan menggigit jika anda cuba mengambilnya atau mengendalikannya tetapi tiada rekod gigitan ketara yang datang daripada ular ini,” tambahnya.

Kredit Twitter

Pemangsa yang aktif pada siang hari

Taring dan bisanya dikatakan mencukupi untuk disasarkan kepada mangsa yang kecil seperti cicak padang pasir yang bergerak pantas. Oleh itu, ia membolehkan mereka menjadi pemangsa yang aktif pada siang hari.

“Perkara yang menarik tentang ular ini ialah ia bergerak pantas dan mempunyai mata yang besar,” kata Nankivel kepada Nine.

“Mereka adalah pemangsa aktif yang keluar pada siang hari untuk memburu mangsa,” tambah Nankivel.

Selain itu, ular tersebut mendapat nama saintifiknya menerusi warna kebiruan dan keperangan oleh badan mereka. ‘Demansia cyanochasma‘ membawa maksud kepada jurang yang biru.

Whip snakes‘ ialah kumpulan ular berbisa yang paling pelbagai di Australia dengan sedikit varian warna yang menjadi pembeza utama antara 15 spesies yang diketahui.

Walau bagaimanapun, penyelidik percaya bahawa lebih banyak spesies mungkin menunggu untuk ditemui, terutamanya di kawasan tropika.

“Terdapat 15 spesies yang kita ketahui, tetapi kemungkinan lebih banyak spesies di luar sana, mungkin di kawasan tropika,” kata Nankivell.

Sumber: Daily Mail