Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
SPRM Beku Akaun Persendirian
Kredit: Bernama

SPRM Beku Akaun Persendirian, Syarikat Milik Pengasas FashionValet Hampir RM1.1 Juta

Athirah

SPRM Beku Akaun Persendirian, Syarikat Milik Pengasas FashionValet Hampir RM1.1 Juta

PUTRAJAYA, 6 Nov (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang FashionValet bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Pembekuan tersebut susulan daripada siasatan yang dijalankan SPRM terhadap pasangan suami isteri berkenaan berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Menurut sumber, Isnin lepas, SPRM secara serentak telah menyerbu FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah dan PNB serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan bagi membantu siasatan.

“Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi ‘Op Favish’, kami telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri ini bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan.

“Selain itu, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah, PNB, Fashion Valet, akauntan, penilai syarikat dan introducer,” kata sumber berkenaan.

Dalam kenyataan berasingan, suruhanjaya itu turut memaklumkan pihaknya menggeledah kediaman pasangan suami isteri itu yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut sumber, pasangan tersebut hadir ke SPRM kira-kira 1 tengah hari untuk menyambung memberi keterangan kemudiannya dibawa ke kediaman jam 5.30 petang bagi tujuan pembongkaran.

Kata sumber, serbuan ke atas kediaman itu dilakukan oleh 12 pegawai SPRM dan turut disertai oleh peguam pasangan berkenaan.

“Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun dan pembongkaran tersebut dan berkata kes disiasat mengiku Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya pasangan tersebut akan hadir lagi ke Ibu Pejabat SPRM esok pada pukul 10 pagi untuk sambung memberi keterangan.

BACA: Mudahkan Rakyat Cari Jodoh, Terengganu Bangunkan Aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’

BACA: Cecah Paras Tertinggi Dalam Sejarah, 1 Bitcoin Bersamaan RM330,375

Sumber: Bernama