Baru sahaja dibuka, ST Rosyam Mart Tampoi menerima sambutan luar biasa apabila lebih 15,000 pengunjung hadir dalam tempoh 24 jam pertama pembukaannya pada 12 September lalu.
Lebih menarik, pasar raya pertama ST Rosyam Mart di Johor dan wilayah Selatan itu turut merekodkan lebih 10,000 pendaftaran ahli baharu sepanjang tempoh pra-pembukaan dan hari pembukaan.
Terletak di Paragon Market Place, Tampoi, ST Rosyam Mart menawarkan pengalaman membeli-belah borong dan runcit yang beroperasi 24 jam setiap hari, dengan lebih 40,000 pilihan produk.
Antara tarikan utama sempena pembukaan ialah promosi ayam segar seekor pada harga hanya 8 sen kepada 5,000 pelanggan terawal.
Selain itu, pelanggan turut disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti Balloon Drop dengan hadiah bernilai sehingga RM10,000, pertunjukan bunga api, sesi merasa makanan, hiburan secara langsung dan aktiviti keluarga.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, pembukaan di Tampoi merupakan langkah penting dalam usaha ST Rosyam Mart mengembangkan operasinya ke wilayah Selatan.
Katanya, lokasi tersebut turut memberi peluang kepada ST Rosyam Mart untuk menawarkan barangan keperluan harian pada harga mampu milik kepada masyarakat Johor serta pengunjung dari Singapura.
Sementara itu, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor berkata, pembukaan tersebut bukan sekadar pengembangan perniagaan, sebaliknya usaha untuk memastikan barangan keperluan harian lebih mudah diperoleh pada harga berpatutan.
“Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat adalah satu janji yang kami pegang dengan serius.”
ST Rosyam Mart Tampoi turut menawarkan ruang pembelian borong, kaunter layan diri, ST Cafe dan Seroti, selain Celebrity Corner yang menghimpunkan produk daripada lebih 30 selebriti tempatan.
Pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai produk tempatan menerusi ruang Malaysia Selection, manakala peniaga kecil, pengusaha restoran dan katering boleh membuat pembelian secara borong pada harga borong.


Tidak hanya itu, lebih 20 perkhidmatan percuma turut disediakan, termasuk penggunaan power bank, air minuman, perkhidmatan memotong daging, mencuci topi keledar, peti sejuk simpanan, bantuan jump-start bateri kereta dan pam tayar.
Sambutan pembukaan masih diteruskan sehingga 27 September dengan lebih 200 barangan promosi pada harga serendah 8 sen, 48 sen dan 88 sen.
Pelanggan juga berpeluang menyertai Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan lebih 350 hadiah bernilai lebih RM1 juta, termasuk kondominium, kereta dan motosikal.
ST Rosyam Mart Tampoi terletak di Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor dan beroperasi 24 jam setiap hari.
