Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bagi mereka yang masih belum lulus atau berstatus tidak layak untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum ini, masih ada peluang untuk membuat rayuan atau permohonan baharu bagi STR Fasa 4 tahun 2026.
Permohonan baharu dan rayuan kini dibuka secara rasmi bermula 16 Jun 2026 hingga 30 September 2026, dengan semua permohonan yang diluluskan dalam tempoh tersebut akan diproses untuk pembayaran Fasa 4.
Berdasarkan trend pembayaran tahun-tahun sebelum ini, STR Fasa 4 dijangka akan mula disalurkan sekitar Oktober atau November 2026.
Siapa yang boleh buat rayuan?
Menurut maklumat rasmi, rayuan dibenarkan kepada beberapa kategori pemohon, antaranya:
1. Pemohon berstatus “Tidak Lulus”
Bagi individu yang pernah memohon tetapi tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan sepanjang tempoh yang ditetapkan.
2. Pemohon yang mempunyai pertindihan maklumat
Ini termasuk situasi seperti:
Nama pemohon wujud sebagai pasangan dalam permohonan lain yang telah lulus.
Pasangan didaftarkan sebagai pemohon dalam rekod lain.
Berlaku pertindihan data antara pemohon dan pasangan.
Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah berstatus Lulus Fasa 3 atau Lulus Fasa 4, rayuan tidak lagi dibenarkan.
Cara semak status STR
Sebelum buat rayuan, pemohon disarankan membuat semakan status terlebih dahulu melalui saluran rasmi:
Portal rasmi STR
Layari: Portal STR
Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan di akaun MySTR, kemudian pilih menu Semakan Status.
Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui:
Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Hotline BKK: 1-800-88-2747
Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566
Cara buat rayuan STR Fasa 4

Bagi pemohon yang mahu membuat rayuan, berikut langkah yang perlu dilakukan:
1. Sediakan dokumen sokongan
Pastikan semua dokumen lengkap dan terkini.
2. Semak alasan tidak lulus
Kod atau sebab penolakan boleh disemak di portal MySTR.
3. Hantar rayuan
Rayuan boleh dibuat melalui dua kaedah:
Secara online
Layari portal rasmi STR
Log masuk ke akaun MySTR
Klik menu Permohonan Rayuan
Lengkapkan maklumat dan muat naik dokumen sokongan
Secara manual
Hadir ke cawangan LHDNM, Pejabat Satelit atau UTC
Isi borang rayuan (BK-01)
Sertakan dokumen sokongan
Serahkan terus di kaunter
Penting untuk diingat, penghantaran rayuan melalui e-mel tidak diterima.
Bagi yang masih belum memohon atau mahu membuat pembetulan maklumat, jangan tunggu saat akhir kerana tempoh rayuan akan ditutup pada 30 September 2026.