Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Atur ‘Kejutan’ Buat Isteri, ’Scheduled’ Emel Minta Anak Uruskan ‘Wedding Anniversary’ Walau Dah Meninggal Dunia

Gambar: Aly Mendoza

Pemergian orang tersayang buat selama-lamanya menjadi satu momen yang sangat perit untuk dilalui namun ia perlu dihadapi dengan tabah.

Dengan sekelip mata, seorang isteri kehilangan suami tercinta dan seorang anak kehilangan bapa sebagai tempat bermanja.

Masih lagi merasai kehilangan insan tersayang, kisah yang dikongsikan oleh Aly Mendoza telah menyentuh hati ramai sehingga tular di laman Facebook sejak beberapa hari yang lalu.

Menurut perkongsian tersebut, Aly telah menerima emel berjadual dari mendiang bapanya yang telah meninggal dunia sejak 10 bulan yang lalu.

Gambar: Aly Mendoza

Takut untuk membukanya, Aly mengagahkan dirinya dan terkejut apabila melihat kandungan email tersebut.

Rupanya, emel tersebut mengandungi ‘arahan’ kepadanya untuk membuat kejutan kepada ibunya sempena ulang tahun perkahwinan.

Bapanya dipercayai telah merancang segalanya sebelum meninggal dunia. Mendiang juga menghubungi kedai bunga untuk menghantar bunga kepada isterinya pada setiap hari istimewa untuk tahun-tahun yang mendatang.

Aly juga berkata bahawa mendiang bapanya memilih sendiri bunga yang akan diberikan kepada ibunya iaitu bunga berwarna putih dan merah jambu.

Gambar: Aly Mendoza

Walaupun tidak cukup tidur, Aly lega kerana kegembiraan yang ditunjukkan oleh ibunya menjadikan segala penat lelahnya terbayar.

Sumber: Aly Mendoza