Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Hidap Penyakit Alzheimer Bunuh Isteri Dengan Kejam

Nurhanis
suami alzheimer bunuh isteri
Gambar: Solarpix.com

Suami Hidap Penyakit Alzheimer Bunuh Isteri Dengan Kejam

Seorang lelaki yang menghidap penyakit Alzheimer didakwa menikam isterinya dengan kejam sehingga mati pada malam Jumaat, di apartment Costa del Sol, Sepanyol, lapor Daily Mail.

Difahamkan, lelaki yang berusia 80 tahun itu telah ditangkap sebanyak tiga kali kerana melakukan keganasan rumah tangga terhadap pasangannya namun perkara itu baru didedahkan beberapa hari kemudian.

Ketika kejadian berlaku, wanita warganegara Britain itu menghubungi polis dengan panik mengatakan pasangannya telah menikamnya sebanyak empat kali, sebelum talian telefon tiba-tiba terputus.

Sebaik pegawai polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui mayat mangsa di lantai dapur dan mendapati badannya mempunyai 20 kesan tikaman, yang dipercayai ditikam menggunakan pisau dapur.

Jurucakap polis negara di Malaga berkata pada jam 10.30 malam, seorang lelaki berusia 80 tahun didakwa membunuh isterinya yang berusia 69 tahun.

“Mangsa menerima beberapa kesan tikaman yang ditikam menggunakan senjata tajam. Pembunuh yang disyaki telah ditangkap.

“Nampaknya dia mempunyai penyakit psikologi dengan gangguan kognitif dan penyakit Alzheimer,” tambah jurucakap itu.

Polis melakukan soal siasat terhadap suspek sebelum dia ditahan dan kemudiannya dibawa ke balai polis di bandar Benalmádena untuk siasatan lanjut.

Mangsa alami keganasan rumah tangga

Sebelum ini, mangsa yang masih belum dikenal pasti dikatakan telah melaporkan suaminya kepada polis atas keganasan rumah tangga yang dialami olehnya sebanyak tiga kali.

Memetik DiarioSur, mangsa memfailkan aduan rasmi mengenai perkara itu awal tahun ini.

Bagaimanapun dia tidak membuat tindakan susulan dengan pihak berkuasa kehakiman, caj terhadap pertuduhan yang membolehkan mangsa untuk memohon perlindungan polis.

Ujar jurucakap itu, suspek sebelum ini telah ditangkap tiga kali kerana keganasan rumah tangga.

“Isterinya memutuskan untuk tidak mengesahkan aduannya di mahkamah dan kes itu telah disimpan. Dia tidak pernah meminta sebarang langkah perlindungan,” kata jurucakap itu.

Dalam pada itu, jiran turut mengatakan dia tidak mendengar sebarang jeritan atau pertengkaran sebelum polis tiba.

Menurut jiran, pasangan itu telah tinggal di apartmen berkenaan selama berabad lamanya dan mereka juga merupakan pasangan peminum minuman beralkohol tegar.

Sumber: Daily Mail