Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Jatuh Sakit, 4 Beranak Ini Perlu Bantuan RM5,000 Nak Mula Berniaga

Gambar: FB Natipah Abu

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah apa yang boleh digambarkan mengenai ujian hidup yang terpaksa diharungi oleh empat beranak setelah ketua keluarga yang menjadi tempat bergantung tidak berdaya lagi.

Iklan

Menerusi perkongsian oleh aktivis Natipah Abu, keluarga tersebut hanya menampung hidup dengan pendapatan tidak seberapa hasil menjual kuih semperit yang dibuat oleh isteri setelah suami jatuh sakit dan memerlukan rawatan dialisis untuk terus hidup.

Suami yang tidak berdaya untuk keluar mencari nafkah, hanya mampu membantu isteri dengan membawa kuih semperit yang dibuat untuk dijual kepada kakitangan di hsopital ketika menjalani rawatan.

SEDEKAH JUMAAT. MODAL BERNIAGA KEPERLUAN RM5K

SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU: ‭552107617521‬

Kes dirujuk kepada kita untuk membantu keluarga ini bila ketua keluarganya tiba-tiba jatuh sakit.

Encik Ahmad Shareful Hasri bin Abu Hasan (37 tahun) asalnya pernah mempunyai kehidupan yang penuh warna warni walaupun dalam keadaan sederhana saja.

Encik Ahmad dan isterinya Puan Hayani binti Ahmad (42 tahun) sudah 13 tahun hidup bersama dan kini dikurniakan sepasang cahaya mata Hazreem Harith (12 tahun) dan Hazren (6 tahun).

Gambar: FB Natipah Abu

Ketika zaman bujang.. Encik Ahmad pernah bekerja makan gaji namun berhenti dan berniaga berbagai jenis makanan bersama isteri yang juga mempunyai minat yang sama sebagai mata pencarian.

Walaupun ada masalah kesihatan, Encik Ahmad masih boleh mencari rezeki. Disahkan mengidap diabetis pada tahun 2018, dia terpaksa menggunakan insulin pada tahun 2019. Dia pernah diserang stroke akibat darah tinggi pada tahun 2020.

Perniagaan terakhir yang diusahakan oleh beliau dan isteri ialah roti kukus sangkaya. Mereka menyewa tapak di sebuah restoran dan roti kukus sangkaya mereka mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Gambar: FB Natipah Abu

Malangnya, perniagaan itu terpaksa ditutup sebaik PKP bermula tahun lepas. Mereka suami isteri hampir tenggelam punca bila tiba-tiba hilang pendapatan.

Di mana ada usaha di situ ada jalan. Isteri Encik Ahmad, Puan Haryani memang mempunyai kemahiran membuat kuih samperit.

Sejak itu.. beliau gigih membuat dan menjual kuih samperit yang dipelbagaikan perisanya. Walaupun bukan musim perayaan kuih samperitnya mendapat permintaan yang tinggi.

Gambar: FB Natipah Abu

Encik Ahmad pula menjual air balang dan cucur udang di hadapan rumah sewanya walaupun dalam keadaan PKP. Walaupun pendapatan mereka tidak selumayan dulu namun masih boleh menampung kehidupan seadanya.

Bagaimana pun ujian datang lagi, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga… Encik Ahmad jatuh sakit sekali lagi pada Feb yang baru lalu.

Bermula dengan tubuh yang membengkak, demam dan sakit seluruh sendi anggota.. Encik Ahmad yang dikerjarkan ke hospital itu, akhirnya disahkan mengalami kegagalan buah pinggang.

Penyakit tiga serangkai yang dideritainya telah menyebabkan buah pinggangnya rosak dan terpaksa menjalani dialisis. Sejak itu.. Encik Ahmad tidak mampu bekerja lagi. Yang beliau mampu hanyalah membawa kuih samperit ke hospital dan menjual kepada semua kakitangan di sana semasa menjalani dialisis.

Buat masa ini pihak hospital menanggung kos dialisis beliau sementara menunggu bantuan mencuci buah pinggang yang dipohonnya dari JKM diluluskan.

Puan Hayani terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga. Di samping membuat dan menjual kuih samperit beliau berhasrat ingin memulakan kembali perniagaan roti kukus sangkaya mereka kerana keuntungan menjual kuih samperit tidak seperti keuntungan menjual roti sangkaya.

Maka itu Sedekah Jumaat kita hari ini diakad dengan nawaitu untuk menyediakan sebuah warung dan membeli sebuah oven kepada Puan Hayani Binti Ahmad bagi memudahkan beliau mencari rezeki.

Jumaat yang barakah ini.. semoga dengan berkat sumbangan kita mampu membantu keluarga ini membina hidup baru setelah ditimpa ujian demi ujian. Ujian buat mereka, ujian juga buat kita..

Sumber: Natipah Abu