Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Digantung Tugas Serta-Merta - Ismail Lasim

SUK, Penasihat
Kredit: Bernama

Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan mengambil ketetapan secara sebulat suara untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan(SUK) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah beliau, tugas berkenaan akan dijalankan oleh Pegawai Kewangan negeri, Datuk Masri Razali sementara sehingga SUK baharu dinamakan oleh Ketua Setiausaha Negara.

“Tugas memberikan nasihat perundangan akan dilaksanakan oleh Fahmi Adilah yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara sehingga Penasihat Undang-Undang baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Notis penggantungan SUK akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam dann notis penggantungan Penasihat Undang-Undang akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengesahkan bahawa semua jawatan ahli MMKN adalah masih kekal dan sah.

Katanya, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.