Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Skuad Takraw Negara 'Bantai' Tuan Rumah

skuad takraw
Kredit: Astro Arena

Skuad sepak takraw berpasukan negara membuka kempen Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 dengan langkah kanan selepas menewaskan Jepun 3-0 di Gimnasium Bandar Nagoya sebentar tadi.

Regu pertama yang dibarisi Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam tampil meyakinkan apabila menghadiahkan mata pertama buat Malaysia menerusi kemenangan straight set 15-11, 15-11.

Rentak cemerlang itu kemudian diteruskan regu kedua apabila skuad kendalian Ahmad Jais Baharun mendominasi perlawanan sebelum memastikan kemenangan buat negara.

Memasuki aksi regu ketiga, Jepun sempat memberi tentangan apabila mencuri set pertama 15-13 ketika gandingan Hafizul Hayazi Adnan, Amirul Zazwan Amir dan Zarif Marican Ibrahim Marican cuba mendapatkan rentak permainan.

Skuad Takraw Negara Bantai Jepun

Bagaimanapun, kelebihan tuan rumah tidak bertahan lama apabila wakil negara bangkit dengan kemenangan selesa 15-5 pada set kedua.

Malaysia kemudian menutup aksi dengan bergaya selepas memenangi set penentuan 15-6, sekali gus melengkapkan kemenangan 3-0 ke atas Jepun.

Keputusan itu meletakkan Malaysia di tangga teratas Kumpulan B.

Selepas ini, skuad negara dijadualkan berdepan India dan Filipina dalam usaha memburu tempat ke peringkat seterusnya.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara berpasukan sepak takraw di Sukan Asia adalah pada edisi 1990 di Beijing, China.

Intipati
  • Malaysia membuka kempen sepak takraw berpasukan dengan menewaskan Jepun 3-0 di Nagoya.
  • Regu pertama dan kedua menyumbang mata awal sebelum regu ketiga melengkapkan kemenangan.
  • Skuad negara akan bertemu India dan Filipina dalam saingan Kumpulan B seterusnya.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan